Kebetulan, kami memang ada bawa cereal so Addin dan Zara boleh makan.
Acara menghabiskan bekalan milo 3 in 1 dan biskut Hup Seng diteruskan pagi ini.
Sisa masa yang kami ada di Disneyland ni dihabiskan dengan meneroka kemudahan yang ada di Disney's Hollywood Hotel.
Mula-mula, bermain di Malibu Games.
Boleh main kaler-kaler.
Semua permainan di atas adalah percuma untuk penginap pada sesi masa yang tertentu.
Kalau bukan penginap atau bermain di sesi yang diluar jadual, kena beli token.
Lepas tu, kita round taman.
Memanjat lagi walaupun berskirt.
Lepas habis round apa yang patut, kami pun check-out la,
Kunci bilik ni dorang bagi free ja as souvenir.
Dan sambung lagi berbelanja di kedai souvenir nama Celebrity Shop di Disney's Hollywood Hotel.
Simpan beg dulu.
Kemudian, kami ke Hong Kong Disneyland Hotel.
Aku mau tengok Maze Garden dorang macam mana.
Nice huh.
Ada lubang tikus.
Dorang yang sudah sampai di garisan penamat.
Hong Kong Disneyland Hotel yang cantek but not my type.
Hotel ni jauh kurang sesak dan lebih senyap berbanding Disney's Hollywood Hotel.
Sebab dia mahal la kot.
Babai hotel!
Lepas tu, kami pun bergerak ke airport.
Oleh kerana kaunter Airasia belum buka, maka kami simpan beg dulu.
Kadar simpan beg hanya HKD12 untuk satu unit beg setiap jam.
Murah.
Mula-mula, kami makan tengahari di Popeye's.
Then, pegi Citygate kejap sebab Abang Edi mau cari sunglass kunun.
Untuk ke Citygate, kami naik teksi hijau ni ja sebab mau cepat.
Tapi di Citygate pun tidak lama. Dalam masa setengah jam ja kot.
Bikin cukup syarat.
Weighing scale yang sempoi.
Tidak perlu angkat beg naik satu platform.
Just sorong beg masuk dalam petak kuning dan timbang.
Time to say good-bye to Hong Kong!
Meriah kan in-flight meal kami :)
Sampai di klia2 pun sudah malam.
Best la juga sekali sekala cuti kejap-kejap ni.
Kalau lama-lama di Hong Kong mau botak kepala aku memikirkan kosnya yang tinggi.
Pemerhatian dan kesimpulan trip Hong Kong:
Short vacation it was. Tapi mahalnya ya ampun.
Contoh: Harga air mineral di Hong Kong adalah pada HKD6 untuk botol kecil. Aku tidak nampak pun ada air mineral yang dijual pada harga HKD1. Kalau di Europe boleh ja dapat pada harga 1 Euro.
Aku pun tidak sure sekiranya HKD1 ni ada nilai atau tidak di Hong Kong.
The only thing yang aku rasa murah yang kami beli sepanjang di Hong Kong hanya tiket feri dari Central Pier ke Star Ferry TST dan kos simpan luggage di Terminal 2, HKIA.
Part yang simpan luggage tu serius aku rasa murah jika dibandingkan dengan pelbagai kos yang aku rasa kemahalan di Hong Kong.
Macam tidak percaya pun ada.
Hanya HKD12 (atau lebih kurang RM6) untuk sebuah luggage (tidak kira saiz) untuk kadar sejam.
Tapi ada had saiz beg. Beg kami yang paling besar warna biru tu alhamdulillah boleh masuk.
Kalau di Malaysia, perbuatan mencampak duit or bil or anything di atas meja adalah kurang ajar kan.
Especially, ketika berurusniaga.
Tapi selama kami yang tidak lama di HK tu, nampak perbuatan ini seolah-olah normal.
Kami mengalami perkara sebegini di Islamic Centre Canteen dan McDonald berdekatan Star Ferry.
Atau mungkin nasib kami yang tidak baik kerana terjumpa orang yang macam tu.
Syukur Alhamdulillah, tiada perkara rude yang kami alami di Disneyland, samada di park atau di hotel.
Semuanya baik-baik, senyum sepanjang masa.
Malah housekeeping dorang pun baik. Walaupun penguasaan english mereka mungkin agak kurang, tapi mereka akan sedaya upaya memenuhi permintaan kita.
Oleh kerana kami kerap naik teksi, jadi aku perasan yang kereta di Hong Kong ni, samada kereta yang luxury atau tidak, dorang tidak guna tinted. Jernih ja kaca tingkap.
Perbuatan potong barisan oleh orang dari tanah besar China adalah di mana-mana.
Dan mereka tidak rasa bersalah.
Tapi mereka juga suka membantu.
Mungkin perbuatan 'kiasu' yang tidak bertapis ni juga adalah norm di China.
Pengalaman kami di Disneyland cukup menyenangkan.
Boleh kata, almost every ride yang kami naik, kami tidak perlu menunggu lama.
Dan cara mereka menguruskan giliran juga amat sistematik.
Saiz dan bilangan pengunjung Disneyland Park di Hong Kong juga tidak sebesar dan seramai park di Paris.
Part bilangan pengunjung yang manageable di Disneyland Hong Kong tu mungkin disebabkan kami pergi pada hari bekerja iaitu Isnin dan Selasa.
Keadaan cuaca tidak menyebelahi kami semasa kami di Hong Kong.
Apabila kami berada di Hong Kong Island dan Kowloon, kabus menyelubungi kawasan tanah tinggi.
Dan apabila kami di Disneyland pula, cuaca serasa agak terik tapi tidak panas.
Bawa jaket pun buat berat beg ja.
Sepanjang kami di Hong Kong, kami tidak berpeluang langsung pun untuk naik MTR dorang.
Kami hanya berkesempatan naik teksi, bas, tram dan feri.
Mau kata rugi pun tatau la.
Aku rasa train di Tokyo lagi canggih kot. Entah la.
Bila sudah kembali ke Malaysia, barulah kami tahu yang kami terlepas night parade di Hong Kong Disneyland.
Oh no!!!
Tapi Nurul cakap next year pun dia mau pegi Hong Kong Disneyland lagi.
Aku pun suka ja siap minta dia bawa Addin dan Zara lagi.
So, boleh la aku ngan Abang Edi pegi honeymoon. Wink wink!
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment