google analytic

Nuffnang

Tuesday, March 31, 2015

Hong Kong (Day 3) - 17 Mac 2015


Pagi-pagi turun ke lobi untuk breakfast. 

Semua gambar budak dua orang ni adalah dengan aksi memanjat dan bergayut. 


Bangku pun ada bentuk kepala Mickey Mouse. 

Untuk hari ni, aku sudah plan mau ambil breakfast buffet di restoran Cafe Mickey di Disney's Hollywood Hotel ni.
Untuk harga yang lebih murah, boleh buat advance booking ketika buat booking bilik.
Cumanya, kalau buat advance booking, kenalah breakfast di Cafe Mickey tu selama kami menginap di hotel tu. 
Which aku rasa tidak perlu.
Sebab konon hari kedua boleh try breakfast di hotel jiran. 

Ada juga restoran dalam hotel ni yang tawarkan breakfast ala carte, tapi menu tidak boleh blah. 

Restorannya memang besar.
Dan banyak pilihan makanan yang tidak mengandungi unsur pork dan makanan berdaging.
So mostly, kami hanya ambil roti, pancake, salmon, roti canai, pastries etc.  

Walaupun tidak boleh makan semua yang ada di buffet spread, tapi meriah juga la meja kami.
Breakfast pagi ni aku yang belanja.
Waktu nampak resit tu, rasa macam mau menangis ja. Huhu. 
Almost RM100++ untuk satu kepala. 
Kena la sekali sekala aku pula yang belanja kan, sebab dinner semalam dan accomodation kami mama yang belanja. 

Lampu di restoran Chef Mickey pun bentuk kepala Mickey Mouse.

Lepas habis makan, boleh la bergambar dengan Chef Mickey.

Lepas makan dan buang apa yang patut, kami teruskan hari ni dengan sambung bersuka ria di Disneyland Park.

Masuk Disneyland ja, Addin dan Zara request mau pakai topi.
Panas kunun. 
Aku malas mau melayan sebab almost everything is mahalun.
Atas ehsan Nenek Labuan, budak berdua ni dapat topi baru setiap sorang.

Cuaca pagi yang cerah dengan pemandangan Sleeping Beauty castle daripada kadbod or papan lapis or I don't know what is is. 

Target hari ni ialah untuk meneroka kawasan Disneyland Park sebelah kiri pula.

Mula-mula, kami ke Adventureland dulu.

Ride pertama hari ini ialah Jungle River Cruise. 



Addin dan Zara boleh menyorok sebab takut nampak binatang buas tipu-tipu, api dan skeleton.

Lepas tu, kami ke Grizzly Gulch. 


 Terjumpa dengan lanun Hong Kong ni. 

Di Grizzly Gulch ni, ada ride Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.
Tapi Zara tidak cukup ketinggian.
Sudah try tipu tenteng kaki pun, kantoi pula.
Kesian Zara.
Jadi kami ambil turn untuk main ride tu supaya ada yang temankan Zara.

Ada chipmunk tolong teman Zara ketika kami naik ride yang tidak boleh masuk tu.

Destinasi seterusnya, Mystic Point.

Banyak-banyak ride di park ni, Mystic Manor ride ni yang aku paling suka. 

Lepas tu, kami rehat jap untuk makan tengahari dulu.
Sebab makan di Tahitian Terrace semalam tidak sedap, hari ni kami try makan di Explorer's Club Restaurant. 

Hanya ada dua restoran yang dapat sijil halal di Disneyland Hong Kong ni.
Iaitu Tahitian Terrace dan Explorer's Club Restaurant.

The food was good. 
Zara sedang pau Vietnamese noodle Uncle Jakir.

Nasi goreng Abang Edi.

Nasi ayam Addin.

Takoyaki aku.
Aku order ni ja kunun sebab aku pau nasi goreng Abang Edi dan nasi ayam Addin. 

Harga pun sama juga la macam semalam di Tahitian Terrace tu.
Around HKD100 untuk satu kepala.
But better than our last night dinner. 

Lepas tu kami ke Toy Story Land pula untuk try Toy Soldier Parachute Drop. 



Addin mau ulang ride RC Racer macam semalam kunun.
Tapi hari ni ride tu under maintenance pula.
Satu hari tutup.
Sian Addin.

Cakap banyak tak guna.
Semalam kami tidak sempat tengok parade.
Hari ni kena book seat baek punya. 

Sementara menunggu parade tu start, aku sempat ambil gambar Zara.
Banyak sticker atas baju dia. 



Parade dorang ni bagi aku, boleh la.
Nyanyi lagu Zip a Dee Doo Dah.
Aku lagi prefer lagu parade di Disneyland Paris.
Dorang bawa lagu Let's Go Fly A Kite.
Apa yang Addin dan Zara happy.
Dorang pun bukan cara sangat lagu-lagu legasi Disney ni. 

Lepas habis parade ni, Abang Edi sudah start pening-pening.
Dia memang tidak berapa sihat semenjak sampai Hong Kong.
Angin resdung sudah datang.
So, dia mau balik tidur.
Lepas kami layan satu round di Space Mountain, Addin pun follow Abang Edi balik hotel.

Sudahnya, jemaah tour Disneyland hanya tinggal 6 orang saja.
Kali ni memang ikut kepala si Zara ja.
Dia mau repeat lagi It's A Small World.
Mama, Nurul dan Lina bawa si Zara layan ride tu.
Aku dan Jakir pula sempat short nap di bench dekat toilet dekat It's A Small World.
Macam gelandangan pun ada.
Tapi Nurul cakap, dia nampak ramai orang tidur petang macam kami.
Cumanya, orang lain tidur duduk tengah panas.
Aku dan Jakir pula siap landing baring baek punya di bawah teduhan atap.  
Zara juga la yang hebat masih cergas.

Singgah pula bergambar dengan character.

Then, kami layan lagi Mystic Manor.
Ride yang ni memang menjadi favorite aku dan mama.
Tapi si Zara tidak sudah-sudah tutup mata. 

Bau sotong bakar dari stall berhampiran menggoda lubang hidung kami.

Nurul semak ingredients. 

Sedap betul sotong ini. Harga HKD 30. 
Share makan 6 orang.

Penat ya ampun.




Pastu shopping souvenir Disneyland sikit.
Sempat la kami beli baju Zara, Hana dan Eryna yang tidak jadi ikut dan fridge magnet yang tak cantek.

Hari sudah semakin gelap.




Babai Disneyland Hong Kong!


Kami balik ke hotel. Addin dan Abang Edi sedang tidur.
Malam ni semua pakat dinner masing-masing pasal buffet dinner dan dinner ala carte di restoran dalam hotel adalah kemahalan yang amat.
Mama cakap, kalau kebulur 4 hari tidak makan baru berbaloi ambil buffet dinner dorang.
Jadi, kami habiskan semua stok magi, milo dan biskut Hup Seng yang dibawa dari Malaysia.

Layan show bunga api dari tingkap bilik ja.

Lepas tu kami bawa Addin dan Zara bergembira di Piano Pool.
Pool ni tutup jam 10. Dan tidaklah dalam sangat.
Tuala dan robe boleh ambil sendiri untuk bawa ke bilik dan tidak perlu dikembalikan semula.
Tinggal ja di bilik.  
Bila tengok dorang ni seronok-seronok mandi pool, timbul pula rasa menyesal sebab tidak bawa swimsuit aku.

Lina layan jakuzi.

Lepas swimming, Addin dan Zara sempat main di Malibu Games lagi dengan bawa aunty Nurul dorang. 
Aku hanya lepak di bilik.
It's time to call the day off.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...