google analytic

Nuffnang

Tuesday, April 28, 2015

Ahad kedua di Tokyo - Tokyo Skytree (again), Harajuku dan Shibuya (1 Februari 2015)

Selamat Hari Wilayah!

Hari ni adik Wawa iaitu Ezwa, join kitaorg sekali untuk acara pusing-pusing di Tokyo.
Semalam tidak berjaya untuk conquer Tokyo Skytree.
So, untuk hari ni, kami kena datang awal.
Lagi awal sampai, barisan akan lebih manageable.
Dan insyaAllah, kalau awal pagi, tiada masalah angin kencang.

Kena baris la juga macam semalam.
Bezanya hari ni, sebenarnya boleh ja aku dan Wawa potong que dan tunjuk resit refund semalam yang tidak jadi pasal berangin tu.
Cumanya, sebab kami sudah jadi 3 orang, keistimewaan potong que tu tidak wujud sudah sebab tiket hanya untuk 2 orang.
Tidakkanlah kami mau membiarkan Azwa que sorang-sorang kan. 
Tapi oleh kerana kami terlalu awal, sampai sana jam 8 pagi, maka kami tidak perlu menunggu lama untuk beli tiket dan naik ke menara Tokyo Skytree.

Tiket baru :)



Dengan kelajuan 600m/minit, masa yang diperlukan untuk naik ke observation deck pada ketinggian 350m tidak sampai pun seminit.
Sebaik buka pintu lif, semua pun terkagum.

Sudah sampai atas ni after 2 trials, mana kena la habiskan masa kurang-kurang 2 jam di sini.

Gunung Fuji dari kejauhan.
Saja aku tidak pegi Gunung Fuji dalam trip kali ni.
Sebab aku mau ke sana next time bersama Abang Edi dan anak-anak.


Look at the city view.
Bersih dan teratur.

Sungai pun amatlah bersihnya.

Uuu.. Valentines day.

Ambil gambar banyak-banyak ye.

Apa la yang aku tunjuk tu agaknya.

Berdiri di atas platform yang boleh see through.
Gayat ui.

Semua buat gaya cumil macam Hello Kitty.

Lepas 2 jam kami di atas tu, maka sampailah masa untuk turun ke bawah cari souvenir items dan berjumpa dengan kawan kami yang kebetulan di Tokyo juga. Wah!!

Sini pun ada jual merchandise Chibi Maruko-chan.
Tapi tiada botol air yang macam aku beli tu.

Snack doraemon yang nampak cumil dan macam sedap.

Tadi bertiga kan, sekarang dah berempat.
Haha.
Di Malaysia punya la susah mau terjumpa, sekalinya terjumpa di Jepun pula.
Betul punya jejak kasih.
Kawan yang baru datang ni, namanya Jeej pun same batch di UM dulu.
Dia travel ke Japan ni dengan colleague dia.

Berlatarbelakangkan SkyTower.
Tadi berempat, sekarang berlima pula. 

Belakang kami tu adalah kawasan untuk ice skating.

Okeh. Lepas sesi gambar-gambar ramai-ramai tu, kami curi masa sikit masa untuk cari souvenir di shopping complex dalam bangunan Skytower ni.

Benda panjang dalam plastik pink tu ialah sotong kering.
Very the sweet packaging. 

Meringue biscuit yang sedap.

Aku suka tengok barangan yang dijual di sini.

Kepala ikan goreng - artificial.

Sushi pelesu.

Variations of bread spread.
Boleh dijadikan idea for breakfast.

Retro toys.

Console game dulu-dulu.
Aku tidak pernah ada ni sebab bapa aku haramkan sebarang unsur video game dalam rumah.

Mechanical toys.

Dari Skytower di Oshiage, kami menuju pula ke Harajuku.
Si Wawa dan adiknya mau cari orang yang pakai pakaian beragam.
Tapi kami tidak terjumpa pun. Haha.

Harajuku station.

Terasa betul suasana Jepun bila nampak lori dengan iklan macam tu.

Penat bejalan.

Robot Atelier.

Singgah untuk makan dulu.

Big portion. Ada telur ikan, salmon, avocado dan nasi.
Tidak terhabis pun.

Dari Harajuku ni, kami menuju ke Shibuya pula sebab si Wawa mau tengok tu Shibuya crossing.

Ramai umat manusia di hujung minggu ni.

Berlatarbelakangkan tugu Hachiko, seekor anjing yang setia menunggu tuannya.
Aku ada tengok movie ni, menangis juga la.

Sebelum kami balik tu, kami pusing-pusing la sekejap di supermarket dengan Shibuya station tu.

Jeruk sayur maybe.

Honeydew yang mahal gilos. 
Harga sebiji pun kurang-kurang RM300.
Tapi tengok la dari kurun ke berapa.

Strawbery gemok harga lebih kurang RM100 camtu.

Begitulah pengembaraan kami hari ni.
Besok Wawa dan adiknya akan pulang ke Malaysia.
Dan aku ada lebih kurang seminggu saja lagi di bumi Tokyo ni.
Sayonara!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...