(tarikh lawatan: 28 Januari 2015, Rabu)
Di antara kedai yang paling convenient untuk cari souvenir dari Tokyo tanpa perlu mengukur jalan dan bersempit-sempitan di Nakamise St, Asakusa ialah Oriental Market, Harajuku.
Oriental Market dibuka setiap hari - 10 pagi hingga jam 7 petang. Tutup setiap Khamis.
Kedai ni amat mudah untuk aku cari. Terletak di Harajuku.
Kalau naik subway, hanya 2 station dari Yoyogi-Uehara dan kena berhenti di Meiji-Jingumae, Exit 4 (Chiyoda Line).
Pegi Omote-Sando pun boleh juga.
Exit 4 Meiji-Jingumae ni ada landmark tiang lampu yang dideko secara tradisional.
Lepas tu kena cross jalan ni.
Lokasinya di jalan besar Harajuku berdekatan dengan butik mewah Dior.
Semua di Harajuku ni adalah yang mahal-mahal, luxurious dan sometimes pelik-pelik.
Cuba try test Harajuku style.
Tiba-tiba terselit kedai rupa temple or istana or aku pun tidak tau.
Anything that look traditional.
Tapi sebenarnya, kedai jual souvenir.
Ada 3 tingkat, 1st floor, ground flor dan lower ground floor.
1st floor ada jual perhiasan berat dan besar dan kimono yang harga riban-riban.
Di ground floor pula jual souvenir kecil, seramik dan kaca.
Aku paling berkenan dengan everything at lower ground floor.
This is what I'm looking for.
Kimono!
Tapi mahal le.
Yang poliester pun sudah cecah RM1000 apakan pula yang silk.
Mampu tengok ja la.
Yang di atas ni pula ialah sepasang yukata lengkap.
Less than RM200. Tapi kurang sesuai untuk mereka yang berbadan besar.
Akhirnya, aku beli happi coat ja untuk si Lina.
Murah. Lebih kurang RM100 ja.
Dan ada saiz besar.
Ok la.. boleh pakai jadi baju tidur di rumah.
Ni pun aku suka. Silk scarf.
Cumanya, kebanyakan motif adalah berunsurkan binatang atau manusia.
Kalau unsur tumbuh-tumbuhan saja, tiada yang berjaya menarik perhatian aku.
Harga dalam lebih kurang RM120 begitu.
Purse ni murah kalau borong 6 sekali beli.
Sesuai dijadikan souvenir kepada orang yang penting (contoh cam bos, mak mentua etc) sebab saiznya yg sedikit besar.
Koleksi fridge magnet.
Aku beli bekas 3 tingkat sebelah kiri bawah tu untuk bagi mama.
Boleh dijadikan sebagai hiasan.
Jam meja corak kipas tangan.
Piring dan pasu hiasan.
Stationary.
More stationary.
Pemadam pelbagai motif.
Nota:
Di Oriental Market ni, mereka ada menyediakan servis membalut secara percuma. So, boleh bagi souvenir ni kepada kawan-kawan berupa gift. Tidak la togel ja kan souvenir tu.
Tapi kebanyakan kedai di Tokyo ni memang macam ni pun.
Kalau beli barang lebih daripada satu, dorang akan bagi extra paper or plastic bag atau empty gift pack so kita boleh pack setiap item yang kita beli dalam extra bag yang diberikan.
Aku experience ni di Hard Rock Cafe Tokyo Rappongi, Oriental Market dan kedai di Tokyo Skytree.
Shopping souvenirs aku tidak lengkap tanpa membelikan something untuk Addin dan Zara dan anak buah aku.
Mama aku sudah bagi aku bajet khas untuk souvenirs for family members Labuan.
Kedai toys ni nama Kiddyland. Terletak di pertengahan antara Oriental Market dan station Meiji-Jingumae.
Motif aku pegi Oriental Market dulu sebab Oriental Market tutup jam 7 petang.
Kiddyland ni tutup jam 9 malam.
Kiddyland ni ada 5 tingkat tidak silap aku.
Tujuan aku ke sini sebab mau cari merchandise Chibi Maruko.
Hampa.
Harga tunjuk di sini belum masuk consumption tax.
Di sini aku beli robot samurai untuk Addin dan 2 kotak Kracie Poppin untuk Zara.
Pencarian mencari merchandise Chibi Maruko perlu diteruskan.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment