google analytic

Nuffnang

Wednesday, April 8, 2015

Misi mencari Chibi Maruko - Tokyo Character Street & Tokyo Okashi Land, First Avenue Tokyo Station

(tarikh lawatan: 30 Januari 2015, Jumaat)

Misi mencari Chibi Maruko diteruskan.
Mine-chan cadangkan aku untuk ke Fuji TV station di Odaiba. 
Sebab dia kata Fuji TV tu la menerbitkan Chibi Maruko.
Cumanya, malas pula aku mau pegi jauh ke Odaiba tu.

Kalau tidak jumpa merchandise Maruko Chan, aku bawa balik gambar ni ja la tunjuk pada si Zara.
Gambar ni ada merata-rata pada papan iklan di ruang subway.

Google punya google, aku dapat tau yang peminat anime dan komik Jepun boleh cari merchandise di Tokyo Character Street, Tokyo Station.
Ada atau tidak Chibi Maruko di sana, kena pergi dan find out sendiri.

So, lepas observation dan lecture di ibu pejabat NTT Docomo, aku terus angkat kaki lambung.
Kawan yang lain-lain ada yang ke Disneyland Tokyo. 
Tapi kebanyakannya balik ke JICA TIC naik bas.

Aku pegi Nippori lagi. 
Beli more cotton untuk si Tasha.
Lepas tu aku tertarik dengan konsep stesyen gas dorang.
Stesyennya tidak besar.
Pastu, pam minyak tu tergantung dari atas. 
Aku pun kurang faham macamana dorang mau tengok berapa yang sudah diisi. 
Mungkin ada display board di mana-mana. 

Dari Nippori, aku terus ke Tokyo Station.

Tokyo Station ni besar. Sibuk.
Lebih kurang macam Shinjuku. 
Cumanya Shinjuku mungkin lebih besar berganda lagi kot.
Di underground Tokyo Station ni ada shopping area nama First Avenue yang terletak di Yaesu Exit.
First Avenue ni pula terbahagi kepada beberapa zon.
Dan salah satu zon di First Avenue Tokyo Station ni ialah Tokyo Character Street.

Ini ialah shop guide untuk Tokyo Character Street.
Tapi tengok shop guide ni pun, aku masih blur juga.
Aku tidak tau mana satu character yang menggambarkan Fuji TV ni.
So, terpaksa la aku lalu semua kedai. 

Nota: Bila sampai Malaysia, baru aku tau kedai Fuji TV tu adalah kedai no. 10 yang diwakili oleh maskot rasmi Fuji TV iaitu Laugh, seekor anjing kaler biru. 

Aku rasa, kalau aku sampai di Tokyo Character Street ni time aku muda-muda dulu, mesti aku suka gila.
Sebab aku peminat komik dan anime tegar. 
Oleh kerana aku sudah tua, the excitement is nowhere to be found. 

At last!! Terjumpa juga dengan watak Chibi Maruko ni.
Aku beli botol air dia.
Itu ja yang less merepek pada pandangan aku.

Kedai Fuji TV daripada luar.
Kedai no. 10.

Ultraman menyorok di sudut. Kedai no. 20.

Kalau si Addin masih toddler, mesti aku beli something dari sini juga.
Sebab si Addin dulu peminat Ultraman. 

Kedai Jump Shop no. 2.

Got to have a selfie here :)
Berlatarbelakangkan kedai Pokemon no. 22.
Everything here is kawaii!!!

Setelah lega kerana misi pencarian Chibi Maruko berjaya, kelaparan menjelma.
Mungkin sebab hari ni hari Jumaat atau maybe di Tokyo Station ni memang sibuk sentiasa, all the sushi restaurant yang aku lalu were full with customer.
Dan waiting que untuk setiap kedai was ridiculously long.

So, I came to this. 
Tokyo Okashi Land.
Di mana semua pengeluar makanan ringan yang manis-manis dan terkenal di Jepun berkumpul di zone ini.

Macam sedap je.
Calbee ni tidak asing untuk aku sebab keropok Calbee ada dijual di JICA TIC. 

Cara order senang ja.
Tunjuk gambar di menu dan tunjuk 1 jari.

Aku order Calbee with royce chocolate and ice-cream.
460 Yen.
Almost RM15. Bedal saja la. 

Besar la portion benda alah ni.
Keropok Calbee tu masin. Chocolate tu manis.
Ice-cream pula lembut, manis dan lemak.
Sudahnya, separuh ja aku makan dan aku rasa muak.
Kalau makan ramai-ramai mesti lebih sedap dan meriah.

The leftover aku bagi pada seorang pakcik homeless di area Akihabara.
Singgah Akihabara kejap ja untuk sambung cari toys.

Ye. Di Tokyo juga ada gelandangan.  
Waktu aku bagi tu, dia sedang tadah tangan sambil berkata something in japanese.
Mungkin itu kata-kata menyeru untuk minta sedekah.

Then aku bagi ja la calbee aku ni.
Pakcik homeless tu macam tegezut dan tanya aku "Nani?"
Aku buat gesture mamam (letak tangan di mulut).
Pakcik homeless tu pun berterima kasih "Arigato Gozaimas".
Homeless di Tokyo ni pun sopan kan. 
Aku meninggalkan pakcik homeless itu dengan harapan calbee aku tu dapat mengalas perutnya.

5 comments:

  1. kalau anak lelaki saya pergi jepun ni, haruslah dia nangis seronok tgk ultraman tu..hahhahaa..

    ReplyDelete
  2. kalau anak lelaki saya pergi jepun ni, haruslah dia nangis seronok tgk ultraman tu..hahhahaa..

    ReplyDelete
  3. semua kat sini comel2 belaka. hehe. kalau kita dah tak tua cam skrg mungkin ble nangis juga kot syalinda.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam, puan boleh saya dptkan email sebab saya ada pertanyaan ttg jepun & jica. Hrp puan sudi bantu. Tq sabby.nk@gmail.com

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...