Aku menyalahkan diri aku kerana tidak ambil tahu mengenai GST sebelum ini.
Selalu ambil mudah.
Jadi sekarang, mau tidak mau, kena terima saja la.
Isu tentang GST pun sedang hangat diperkatakan.
Seminggu dua lagi reda la tu.
Ehsan page orang
Apa yang aku tau, aku pernah merasa bayar GST di negara orang.
Atau di negara orang lain, kadang-kadang digelar VAT or consumption tax.
Berdasarkan pengalaman sendiri, VAT di Europe selalunya sudah terkandung dalam harga tunjuk.
Di Tokyo pula, kadang-kadang harga tunjuk sudah termasuk consumption tax, tapi selalunya tidak.
Kadang-kadang ada kedai yang menunjukkan harga sebelum dan sesudah tax.
Kadang-kadang pula, ada kedai yang bagitau bahawa harga tunjuk belum termasuk tax.
Mengimbau kenangan apabila membeli t-shirt di Hard Rock Cafe Tokyo di Rappongi.
Harganya murah jika dibandingkan di tempat lain.
Tapi apabila membayar, lepas tambah tax, pengsan juga bila tengok resit.
Bila beli-belah di kedai 100 yen pula, ketika bayar ada tambahan lagi 10 yen bagi setiap barang.
Lazimnya juga, orang Malaysia yang mampu keluar negara, suka bershopping di UK dan Europe sebab boleh dapat VAT refund.
Sudah la barangan berjenama di sana lebih murah, boleh dapat lebih murah lagi sebab boleh tuntut pulangan balik cukai.
Kalau di UK, boleh belanja sekurang-kurangnya 30 pound (~RM150) untuk layak VAT refund.
Di France, kena belanja sekurang-kurangnya 175 euro (~RM750).
Di Italy, minimum purchase ialah 155 euro (~RM630).
Di Japan, kena belanja kurang-kurang 10,000++ (~RM300).
Tapi hanya sekiranya jika berbelanja di kedai yang terlibat dengan dengan VAT/consumtion tax refund saja.
Kalau tak, kirim salam.
Belanja banyak mana pun, tidak akan dapat refund tu.
Cumanya, aku tidak berapa dapat benefit sangat pun dengan vat refund tu.
Sebab aku bukan kaki shopping. Kalau shopping pun, barang-barang yang murah ja.
Less than minimum purchase yang layak.
Di Malaysia pula, kaunter GST refund di buka di airport.
Dan kedai yang terlibat untuk GST refund ni khabarnya ada 700 kedai.
Minimum purchase pula ialah RM300.
Tiba-tiba aku teringat kepada kawan JICA aku dari Bangladesh.
Mamat ni jenis banyak jalan ke negara orang.
Padan dengan jawatan beliau sebagai manager di syarikat telekomunikasi.
Selalu outstation.
Kalau shopping pun bukan jenis alang-alang.
Selama di Tokyo tu, boleh kata hari-hari dia turun ke Shinjuku sebab mau shopping.
Setakat Malaysia ni, aku rasa mungkin lebih daripada 3 kali dia pernah datang atas urusan kerja dan percutian.
Dan dia cakap, pengalaman shopping dia yang paling best ialah di Malaysia.
Dia suka pegi KL dan Langkawi.
Banyak shopping kompleks, cari makan senang, barang murah.
Mungkin juga dia lebih kerap pegi area Bukit Bintang daripada aku.
So, lepas ada GST ni, aku pun tidak sure bagaimana perception dia terhadap Malaysia lepas ni.
Adakah GST akan memberikan impak positif atau negatif terhadap pelancong dari luar negara?
Aku pun tidak tau.
Apa yang aku harap, peniaga tidak ghairah untuk menaikkan harga dan membodohkan rakyat atas modal GST kononnya.
Dan rakyat akan lebih berhati-hati dalam urusan perbelanjaan mereka.
Berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
Siapa yang belanja tak ingat kemampuan poket akan lebih menzalimi diri mereka sendiri.
The more they consume, the more they need to pay.
Kena lebih rajin memasak di rumah dengan menggunakan bahan segar.
Bukan dengan menggunakan makanan yang ditinkan dan diawet.
Contoh orang yang zalim ialah student yang dapat PTPTN atau biasiswa lain, beli smartphone mahal untuk tujuan menunjuk-nunjuk ntah hapa-hapa.
Sebab orang tau student bukan ada pendapatan sendiri.
Jadi mereka tiada sebab pun untuk menunjuk-nunjuk yang mereka ini kaya dan bergaya kecuali mereka memang dilahirkan atas dulang emas.
betul tu Nadia...kena rajin masak kat umah...masak dengan bahan2 segar ...
ReplyDeletekan Syalinda.. sekali sekala boleh la makan kat luar..
ReplyDelete