google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah Mei - Jun 2014 (Hotel Novotel Paris Gare de Lyon)

Kami stay di hotel ni 2 malam. 28 Mei dan 29 Mei 2014.

Tujuan pilih hotel ni:
- Dekat dengan station Paris Gare De Lyon. Jujur. Dekat sangat. Tidak tipu. 
- Saja aku pilih lokasi hotel yang dekat dengan train station, senang kami bergerak ke mana-mana.
- Pada 30 Mei 2014, kami ada flight awal pagi ke Milan jam 7.55 am. So, aku tidak mau lambat dan susah payah bergegas ke train station dengan bawa 2 orang budak dan 3 luggage.
- Free wifi!

Harga 2 malam kami stay di sini ialah €340. Tidak termasuk breakfast.
Harga ni aku lock awal dalam bulan April melalui Accorhotels.com.
Kalau book guna booking.com, pilihan untuk bilik yang aku mau ni pada harga yang macam tu tiada.
Tapi kira macam gamble juga. Sebab kalau kami tidak jadi datang, wang tidak akan dikembalikan.

Reservation was a breeze.
Senang gila.
Receptionist tu siap bagi aku peta Paris lagi.

  Addin dan Zara dapat mainan sorang satu. 



Sementara aku check-in tu, Addin dan Zara suka hati main playtable. 
Ada game Angry Bird, Tic Tac Toe, etc.

Jom kita room tour. 
Jenis bilik kami ni, standard room with queen size bed and double sofa bed. 
Sesuai untuk 2 adult dan 2 kids. 
 Toilet asing daripada bathroom.
Tiada paip air. 

 Dalam bathroom, ada bathtub.

 Juga separate shower.

 Bath amenities.

 Lengkap dengan hairdryer.

 Ada kelengkapan untuk minuman panas.
Evian water disediakan sebagai complimentary setiap hari. 
Safebox pun ada. 

Almari kecil. 

Queen bed dan sofa bed.


Sofa bed selepas dibentangkan. 

 Messy desk and tv area. 

Ada pensil tekan warna kuning yang comel. 

 Semua cerita di tv adalah dalam bahasa perancis.
Tapi kita boleh tukar ke bahasa asal kalau ada, bahasa inggeris misalnya. 


Kebetulan di berita dorang cerita pasal MH370. 

Tour lobi pula.

 Ada 24 jam heated indoor pool.

 Stesyen untuk guna internet dan printing pun ada. 
Lega aku. Tidak payah susah-susah mau cari tempat print boarding pass RyanAir. 

 Tapi semua pun dalam french la. 

 French keyboard. Bukan QWERTY keyboard macam kita selalu guna. 


 Sebelah internet stesyen tu, ada game room. Boleh guna Xbox. 
Kesiokan si Addin. 

Kesimpulannya, kami suka la dengan hotel ni.
Rasa gembira pula sebab memilih hotel yang tepat :)

p/s: Wifi di hotel ni bukan saja free, tapi cepat yang amat. Bukan saja di lobby, di bilik pun ada. Bilangan device yang boleh connect ke wifi, tidak terhad! Terbaek!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...