google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah (KLIA to London Heathrow - 25 Mei 2014)

Flight kami hari Ahad jam 10 pagi.
Terpaksa ambil flight pagi sebab flight malam sudah jadi mahal.
Pagi pun pagi la. Apa ada hal konon.
Yang penting, kebajikan poket terbela.

Hari Sabtu sebelum flight tu baru la aku betul-betul excited. Mau berpacking segala. 
Hari Jumaat sebelum tu masih belum excited lagi. Rasa bersalah tinggalkan opis lama-lama. Huhuh.

Bekalan makanan + barang kiriman untuk kawan aku yang sekarang menetap di London. 
Kami menumpang di rumah kawan aku ni, Noripah namanya. 
So, orang berbudi, kita berbahasa :) 

Dalam plastik tu juga adalah barang kiriman untuk si Ipah.
Si Ipah tidak sangka pula dia duduk London kena banyak menghadiri tugas rasmi.
So, kena ada bekalan baju kebangsaan yang banyak.  

Kami bertolak dari rumah jam 7 pagi. Adik aku si Nurul yang hantar.
Kebetulan shiftnya start tengahari. Boleh la aku minta tolong. Jimat tambang teksi :)

Ceritanya, time kami check-in tu, beg aku seperti gambar di atas sudah terlebih berat.
Berat maksimum yang dibenarkan untuk satu beg hanya 32kg. Tapi beg aku yang satu tu ja sudah 40kg. Gilaks.
Nasib baik aku ada bawa beg extra.
Terpaksa la aku cari port, pindahkan mana-mana item yang patut.

Lepas check in, budak-budak ni menghiburkan diri dulu.
Sementara Abang Edi pegi ambil oksigen sebelum kena puasa 12 jam lebih.




Oleh kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke A380 ni, maka aku memang jakun. 

Alhamdulillah, syukur.
Tempat duduk selesa. Untuk orang berbadan kecil walau berpunggung besar macam aku ni, aku rasa seat A380 ni luas.
Flight 12 jam pun tidak terasa sangat lamanya.
(Lama juga la sebab Addin dan Zara tidak habis-habis bertanya, bila nak sampai?) 
Makanan pun aku rasa macam ngam ja. Menepati citarasa dan nafsu makanku.
Si Addin siap minta tambah. Jadi, aku korbankan la aku punya portion.
Diet pun kan.

Tips:
Satu cara yang aku buat untuk selesa dalam flight yang panjang ni, lepas flight take off ja, aku masuk toilet dan tukar dari seluar jeans je seluar track ja. Boleh la bernafas, duduk dan tidur dengan gembira. Sebelum flight arrival, aku tukar la seluar track ke seluar jeans aku semula. Rileks. Abang Edi jeles ja... hehe..

Sesampai di Heathrow, keterujaan semakin meluap-luap. 
Sekalinya, que menunggu pemeriksaan imigresen tu punya la lama.
Boring pun ada.
Walaupun pegawai imigresen yang attend kami tu tidak mesra, tapi kami tidak la pula ditanya soalan yang ketat satu macam. Biasa-biasa ja. 

Sambil menunggu bagasi, baru la perasan yang kami lupa bawa stroller si Zara.
Alamak ai..
Huhuhu.

Kami hire black cab ke rumah kawanku di Queensgate Terrace.
Tambang sehala 69 pound. Gilaks. Kalau didarab, pengsan juga rasanya.
Journey setengah jam ja. 

Kebaruan naik black cab.

Si Addin suka hati adjust kerusi boleh laras dalam black cab.

Peace y'all

Kami sampai di rumah kawanku macam dalam lingkungan jam 6 petang begitu.
Kalau di Malaysia, time tu sudah jam 1 pagi.
First time la aku terkena penangan jetlag.
Kepalaku seakan berdenyut-denyut. Mata aku terasa macam mau blackout gitu.
Badan cakap mau rehat, kepala pula cakap mau terus jaga.

Abang Edi pula masih semangat.
Konon mau ajak kami makan di Bonda, di area Sussex Garden dekat dengan underground Paddington.
Dari rumah si Ipah ke underground terdekat, Gloucester Road, kami kena menapak 10 minit begitu.

First time la ni kunun merasa naik tube

Merasa la aku pengalaman beli Oyster Card.
Sepanjang perjalanan, Addin dan Zara tidak habis-habis merungut kepenatan.
Sesampai di Bonda, Zara pengsan. Addin tidak mau makan. 
Aku pun sudah tiada selera. 

Kejadiannya, Abang Edi terpaksa mendukung Zara balik ke rumah.
Tu la degil. Orang suruh stay rumah, tidak mau.
Baru tau kena dukung si Zara. Mau kejang tangan. 

So, sampai rumah.
Sesi beramah mesra dengan tuan rumah.
Luckily, my kids went along very well dengan anak kawan aku.

Kepala makin pening.
Berkemas dan mandi. Buat apa yang patut.
Tidur. Kroh...

15 comments:

  1. SALAM KAK, KAT LONDON AKAK ADE BELI SIMCARD SANE TAK? UNTUK INTERNET.. NAD BOLEH BAWAK ROKOK TAK KAK KE SANA?

    ReplyDelete
  2. Salam dik,

    Akak tak beli pun simcard kat sana.. Malas nak adjust masuk micro simcard dalam iphone.. boring betul..

    kebetulan, rumah kawan akak dan semua b&b/hotel yg akak duduk ada wifi.. so guna yg tu je la.. dan husband akak pun on data roaming.. so ada juga guna henpon husband akak as personal hotspot :)

    rokok ble je bawa.. tade masalah :)

    ReplyDelete
  3. Owh yeke.. husband akak dulu bwk rokok banyak tak kak? agak2 kalau bwk more than 1 box bole ke?

    ReplyDelete
  4. haha.. jangan kan sekotak.. husband akak bawa 10 kotak rasanya dik.. (tade la sampai sekaton kan..hehe)..

    tp sebenarnya, akak pun tak tau psl regulation bawa berapa byk rokok ble bawa ke london tu.. yg penting, rokok husband tu lepas :)

    ReplyDelete
  5. owh really? kalau macam tu boleh la bawak jugak camtu..hehe..thanks kak for those info..and sorry asek2 saya yg tanya.. =)

    ReplyDelete
  6. @hafeeza shafiqca jamil

    haah.. bawa je dik.. check in masuk dalam beg. dan bahagi2 le letak dalam beg berasingan. so, kalau satu beg tak lepas, ada backup kat beg lain pula.

    takpe, tanya je kalau nak tanya. insyaAllah kalau akak ble jawab, akak bgtau sini :)

    ReplyDelete
  7. salam kak, akak ade bawa powerbank tak ke sane? sbb org kedai yg saya beli powerbank tu kata tak boleh bwk masuk dlm flight. means kne masuk dlm luggage la ye.

    ReplyDelete
  8. salam hafeeza

    rasanya tade masalah bawa powerbank on board. dan sebenarnya adalah tak boleh untuk masukkan powerbank dalam check in luggage sebab takut benda tu short circuit pastu terbakar plak dalam kargo. naya je (ada dalam guide benda yg boleh check-in).. it happens sebab adik akak kerja airline penah experience benda ni :)

    dan kena pastikan henpon or any electronic item kena ada power bila dah sampai destinasi. kalau tak, henpon tu tak ble ikut melancong :) so, bring ur charging cable. bole caj on board guna power socket dan usb port yang disediakan kat seat.

    :)

    ReplyDelete
  9. maksud henpon tak boleh ikut melancong tu ape kak? kne tgglkan kat sane ke?

    ReplyDelete
  10. haah.. kena tinggal kat security airport tu kot

    ReplyDelete
  11. byk benda nk tanya... tp x tau nk mula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Kemboja Puteh.. boleh baca post saya pasal euro trip ni pelan2.. kalau ada kemusykilan, just tanya je :)

      Delete
  12. ada fb atau instagram tak... sbb sy plan nk melancong ke europe hujung tahun 2016. tp kena mulakan dulu dgn cr info sbb sy ni zero..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole follow lat ig saya @naddea_ak or email saya di naddea [at] gmail.com. InsyaAllah, saya akan bantu mana yg dpt..

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...