google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah (London - Bicester Village - 27 Mei 2014)

Pagi ni mata aku terjaga juga pada jam 3 pagi.
Nampak gaya, badan masih belum adjust lagi dengan time London.

Sempat la aku ambil gambar ni dari balcony bilik kami.

Rumah si Ipah ni di tingkat 5. Double storey pula. Macam penthouse la kunun :)
Lot ni sebenarnya property Mara.
Yang tinggal sini semuanya pegawai Mara di London ja.
So, bila kami first time ke sini, ada paper annoucement dalam BM di pintu depan, si Addin jadi heran kenapa di London orang ble cakap melayu. Haha.

Aktiviti hari ni, adalah itinerary yang paling ditunggu-tunggu oleh Abang Edi.
Kunjungan shopping ke Bicester Village.
Aku tidak la berapa excited sangat.
Mungkin sebab tabiat berkira amat menebal dalam jiwaku.

Ipah dan husbandnya sudah offer untuk pinjamkan carseat dan pushchair anaknya.
Kesian sama si Zara kan. Di samping menjadi tempat duduk si Zara sambil kami bershopping, boleh juga menjadi tempat gantung shopping beg yang beranak pinak.

Tidak cukup dengan itu, husband Ipah, Shah offer pula untuk hantar kami ke tempat sewa kereta, Europcar di Bayswater.
Bagus betul la dorang ni. Tidak terbalas la budi dorang ni oleh kami rasanya.

So, aku dan Abang Edi ikut Shah ke Europcar.
While Addin dan Zara stay di rumah dulu sambil bermain dengan kawan baru mereka.
Aku kena ikut sebab Abang Edi bukan reti sangat guna Garmin.
Garmin tu kawan Abang Edi pinjamkan. Kami bawa all the way dari KL untuk penjimatan kos sewa kereta di sini.
Senang ja guna Garmin di UK.
Kalau tau postcode dan nombor rumah, easy peasy lemon breezy bak kata orang putih.


Kami dapat kereta compact Ford Focus. Harga sewa £59 untuk sehari.
Mula-mula, singgah rumah Ipah dulu, jemput Addin dan Zara, ambil car seat dan stroller.
Tuan rumah siap bekalkan kami mihun goreng lagi.
Baiknya la hati dorang ni. Segan aku :).



 Sempat pengsan lagi


Perjalanan dari Gloucester Road ke Bicester Village mengambil masa 1 jam lebih.
Hari ni memang weather forecast ramalkan hujan ja sepanjang hari.

So, sesi membeli belah pun macam dull ja rasanya.
Aku sempat tunaikan order handbag mama, Tasha dan kawan aku, Faiz dan Liean.
Hasil belian untuk aku, wrislet MK ja. Huhu.
Aku rasa aku ni memang tiada bakat mau shopping di BV ni.
Semua pun aku rasa mahal ja.
Tidak habis-habis kepala aku mau convert ke RM ja. Hoho.

Abang Edi juga la shopper yang berjaya.
Motif asal iaitu belikan si Zara kasut juga tidak dilupa.
Sempat la kami menyambar kasut Clarks warna pink berlampu pilihan Zara.

Setiap kali membayar tu, kami akan tanya untuk borang VAT refund.
Untuk setiap pembelian £30 ke atas, layak la untuk VAT refund.
Tapi, barang-barang budak tidak boleh minta refund VAT ni.

Oleh kerana cuaca hujan sepanjang hari, si Addin dan Zara menjadi banyak songeh.
Playground tidak dapat main.
Mau piknik makan pun susah.
Terpaksa makan di siring-siring kedai ja.
Kebuluran lagi pasal cuaca sejuk. Si Addin yang sebelum ni tidak mau makan mihun pun jadi suka mihun. Sedangkan mihun si Ipah tu penuh dengan hirisan lobak merah. Haha.
Seronok aku tengok si Addin makan sayur.

Kami kena pastikan kereta ni dihantar semula ke Europcar sebelum jam 6 sebab kedai dorang tutup time tu.
Walaupun kereta disewa untuk tempoh 24 jam, tapi kami bukan ada tempat parking pun.
Tiada pasal nanti kena saman ja.

So, hantar dulu Addin dan Zara ke rumah kawan aku.
Angkat semua barang yang patut. Kebetulan pula lif rosak. Nasib baik lif masih elok time kami datang dari KL hari tu.
Mengah betul.

Pegi ke stesyen minyak terdekat, isi minyak full £14.
Lepas hantar kereta, aku dan Abang Edi sempat singgah ke Bonda lagi untuk makan alas perut.
Balik ke Gloucester Road naik tube.



Dan sempat beli groceries di Waitrose untuk memenuhkan dapur kawan aku.
Segan ma :)

So, malam ni kena packing sebab besok kami akan meneruskan siri jelajah Europe.
Beg kami yang paling besar, kami tinggalkan ja di rumah Ipah.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...