google analytic

Nuffnang

Thursday, June 19, 2014

Kembara Eropah (Rome & Vatican City 3 Jun 2014 part 2)

Ada la 2 jam kami tidur petang.
Aku rasa macam tidak lengkap ja percutian ke Rome kalau tidak ke mana-mana attraction di area Rome ni selain daripada colosseum.
Abang Edi kunun mau ke area Tiber Island, pasal dia ingat tempat tu cantik waktu malam.
Setau aku tempat tu bukan cantik waktu malam, tapi ada nightlife. Disko parti segala.
Dia sudah salah faham la.

So, kami pun decide ke Trevi Fountain.
Tapi naik teksi ja la. Tidak larat mau naik bas lagi.
Ambil teksi di Termini, pegi ke Trevi Fountain.
Bukan lama pun, 10 minit camtu ja.
Meter tunjuk €7.20. Driver tu minta €10 pasal ada €2 additional charge kunun.
Aik. Tiada tulis mana pun ada add charge.
Kalau pun ada add charge €2, mesti la €9.20 kan.
Malas mau bertekak punya pasal, bayar saja la. Sasak aku.

Trevi Fountain waktu petang. 

Kami melepak ja sana.
Saja tunggu waktu maghrib. Baru la keluar lampu kan.
Ada pula hotel betul-betul depan Trevi Fountain ni. 
Berapa la caj semalam agaknya kan.  


Aku suka view ni. Santek.


Gelato lagi. Bagi aku kurang sedap juga.
Tidak boleh lawan yang Milan dan Venice punya.

Budak yang gembira dapat gelato. 

Kisah gelato di kedai gelato dekat Trevi Fountain ni:
Aku order 3. 
Dua small size, €2.50 satu. 
Lepas dia buat 1 yang small size tu, aku tambah lagi 1 yang medium size, €4.50 satu.
So, dia sambung pula buat yang 1 medium tu.
Lepas tu, dia macam stop. Macam lupa pula yang aku masih ada satu small belum dapat.
Pastu aku ingatkan la order yang satu small tu kan. 
Sekalinya, dia buat 2 small size. Pejadah. 
Kalau cakap sekali ja, dia tidak buat. Sudah cakap 2 kali, dia buat double pula. 
Geram pun ada. Sudah la english basic ja paham.
Sekarang, siapa yang mau habiskan.
Aku bukan suka sangat makan aiskrim. 
Plan mau share ja sama Abang Edi. Sudah la kurang kena dengan selera aku.
Duh. Bayar ja la. Malas aku begaduh sama orang Rome ni. 
Ada ja yang mau menyakitkan hati aku. Tadi teksi, sekarang gelato.

Sekian, kisah meroyan gelato.


Balik ke rumah pun naik teksi juga.
Aku malas mau kisah pasal €2 extra caj tu. Lantak la, caj saja la.

Driver teksi ni hensem. Serius. 
Meter start at €6.50. Gilaks.
Dia kata memang rules macam tu pasal ambil lepas jam 10 pm.
Jam di meter tunjuk 10.04. Boleh pula ngam terlebih 4 minit.
Walaupun englishnya terhad, tapi memang baik. 
Dia layan la kami ni tanya dia pasal teksi ke Ciampino.
Teksi waktu malam, memang berdesup. Pasal kurang kereta atas jalan. 
Dorang ni memang bawa kereta macam pelesit. 
Tapi teda pula eksiden. 
Lebih kurang 5 minit macam tu, sampai sudah. 
€9.50 ja nda silap aku. Tiada extra caj €2 pun.
Sudah la hensem, baik, tidak ambil kesempatan pula tu. 

Kami sempat singgah di kedai kebab berhampiran. 
Menapau dulu. 


 Ni kedai souvenir dekat dengan rumah kami. 
Own by Filipinos.
Memang murah. 

Hasil penapauan. €8 sahaja. Sampai bisuk pagi pun tidak habis pasal banyak sangat. 

Bulan di Rome. 

  Bah. Mau packing lagi ye.
Bisuk mau pigi balik UK suda.

2 comments:

  1. orang sabah rupanya...heheheh best baca blog mu....angan2 trus mau ke eropah...

    ReplyDelete
  2. Hi lizzs..

    orang sabah bah.. hehe.. angan-angan pun nda apa.. sure bulih sampai tu eropah nanti :) palan-palan...

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...