google analytic

Nuffnang

Thursday, June 19, 2014

Kembara Eropah (Rome - London 4 Jun 2014 part 1)

Pagi ni kena bangun awal. Mau cepat-cepat ke airport Rome Ciampino.
Ada flight ke Manchester jam 10.35 yang mau dikejar.
Seawal jam 6.30 pagi kami sudah keluar rumah.
Di rumah Francesco ni pun, aku kasi saguhati poskad dari Malaysia juga.

Pintu lot 42 Via Volturno dari belah dalam.
Memang besar.

Ada peta Rome dulu-dulu kunun.

Lif kurang antik, tapi konsider zaman dulu-dulu juga.


Kami ambil teksi di Termini. €30 saja ke Ciampino. Tiada caj dikenakan untuk luggage.
Rate ni memang sudah fixed. Siap kena tampal di luar pintu setiap teksi di Rome.
Kalau ke Fiumicino airport, kena bayar €45. Ada mahal sket, mungkin sebab lebih jauh.
Walaupun naik bas lebih murah, tapi kami rasa naik teksi lebih convenient untuk kami berempat.

Lebih kurang setengah jam macam tu, kami sampai di airport Ciampino.
Tapi our bad, kami tiada wang kecil, ada €100 ja.
Pastu pacik driver teksi yang tua tu marah, sampai tumbuk teksi sendiri lagi.
Buduh.

Kami ni pun masuk ke airport dan usaha untuk tukar duit di money changer dengan diescort oleh pacik teksi tua tu tadi.
Tapi money changer tu cakap tak ble tukar duit.
Jadi kami minta tukar €70 ke pound sterling, dan €30 tu pula kami bagitau dengan minah money changer tu kami mau bayar pakcik teksi.

Minah money changer ni pun menjalankan tugasnya.
Sekali pacik teksi tu bising sambil tunjuk jam dan marah-marah.
Dengan tidak semena-mena, minah money changer tu pun melawan sebab mungkin dia terasa pacik teksi tu cakap dia lembab.
Aku pun apa lagi, seperti dapat roh hantu mak lampir italiano, aku pun sama-sama memeriahkan keadaan sebab aku tau pacik tu sound aku dengan Abang Edi.

Aku bantai cakap english dengan pacik tu, "Bukan kitaorg tidak mau bagi kau duit, kami mau bayar. Kalau kau ada duit tukar, lama sudah kau blah dari sini".
Pacik tu masih membebel dalam italianonya yang aku tidak faham biji butir.
Minah money changer tu marah sambil cakap, "Let me finish my work".

Aku dan Abang Edi pun balas bebelan pacik tua tu dengan cakap melayu.
Aku rasa bulat dan marak mata aku time tu menahan kemarahan.
Dia ingat saiz kami ni kecil maka kami boleh diperbudak-budakkan.
Memang aku boring tahap asam jawa sudah dengan Rome ni.

Bila kami sudah bagi dia duit €30 tu pun, dia masih lagi bising.
Konon mau dapat extra la tu, pasal buang masa di sana. Bukan la lama sangat pun.
Sekali lagi minah money changer tu sound pacik tu kaw-kaw.
Dia pun backup kami juga, dan cakap bukan salah kami, sebab kami memang mau bayar, cuma tiada small change ja.

Abang Edi malas mau gaduh, dia bagi pacik tu coins Euro banyak-banyak yang kami ada.
20 sen, 10 sen, 5 sen, 1 sen.
Pacik tu tengok coins, dia pun boring, terus blah. Mesti menyumpah dalam hati.
Tambah lagi dibackup oleh minah money changer yang laser.

Dari situ, aku dapat satu hasil pemerhatian, wanita di Italy ni tidak takut untuk bergaduh dengan lelaki.
Kalau dorang tidak puas hati, dorang sound ja selamba. Very vocal.
Mungkin, most probably, sebab taraf wanita di sana dipandang sama rata dengan lelaki.
Atau maybe, lelaki Italy, walau mulut jahat macamana pun, tapi dorang tetap respect perempuan.
They won't hit girls. They are not pondan.

Aku pun heran juga la. Sebab di colosseum semalam tu pun, aku ada ternampak polis perempuan marah polis lelaki. Selamba ja dia. Depan orang lagi tu.
Di Malaysia pula, jarang aku tengok kes perempuan bertikam lidah dengan lelaki. Huhu.
Ada ka? Aku tidak pernah ternampak pun. Huhu lagi.

OK. Proceed to bag drop.
Nasib baik beg aku yang besar tu 14.6 kg. Ada 0.4kg lagi ke 15kg.
Jadi, tidak la kami kena extra caj merapu dari RyanAir. Itu yang aku paling risau tu.
Kami terus pigi boarding. Sebab aku baca dari pengalaman orang, konon urusan security dan pasport check tu semua, memang troublesome.
So, the earlier the better.

Urusan security check pun berlalu dengan aman.
Dalam boarding hall pula, kerusi adalah limited.
Aku terus book siap-siap. Lama lagi mau tunggu ni.
Ada lebih kurang 3 jam lagi before take off.

Tunggu punya tunggu, keluar announcement, kena expect delay, sebab ada strike.
Sudah. Suka hati la kau mau delay ka, strike ka, yang penting kami sudah mau tinggalkan Rome.
Semangat sudah ni mau pegi Manchester.
Aku sudah book Travelodge di Piccadilly. Aku mau pegi muzium tour di Old Trafford.
Abang Edi mau bawa kami dinner di Ning konon.
Lama sudah tidak makan Malaysian food ni.

Tengok Peppa Pig lagi sambil menunggu.

Abang Edi dan Addin siap piknik tidur lagi belakang bench.

Di boarding hall tu, keadaan macam makin gawat. 
Yang tidak dapat kerusi tu, duduk atas lantai.
Sebelah kami ada orang tua dari UK. Dorang siap bagi si Zara gula-gula lagi.
Zara ble offer dorang balik kerupuk kentang. Huhu. Good girl.
Ada yang tidur macam buat rumah sendiri.
Mau berinternet pun teda guna, wifi macam harem. 

Jam menunjukkan pukul 12.45. Tiba-tiba........

p/s: Bringing €100 is like bawa beribu riban di sana. Kalau mau tiada masalah, berusahalah sendiri untuk cari small change. Kami pula tidak bernasib baik kerana tiada duit kecil time tu. RM100 di Malaysia? Kecil ja nilainya.. Kejap ja habis. Hmm..

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...