google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah Mei-Jun 2014 (Perancangan dan Persediaan)

Salam you all!
Dijadikan cerita, kami anak beranak baru ja balik dari cuti-cuti europe selama 16 hari :)

So, here, macam biasa, aku suka share apa-apa saja yang aku rasa boleh share untuk pengetahuan kawan-kawan yang membaca.
Entry ini (dan seterusnya yang berkaitan dengan Siri Jelajah Eropah Mei-Jun 2014) mungkin sesuai untuk kamu-kamu yang:
- merancang ke London, Paris dan Italy untuk pertama kali (aku punya catatan sini semua sebagai first timer)
- buat itinerary sendiri, free and easy tanpa diuruskan travel agent
- pergi berkeluarga dengan young children (budak sekolah rendah dan budak tadika)
- bepergian selama 2 minggu
- hanya ada small to medium budget

Jadinya, jika kamu bukan berada dalam golongan sasar seperti yang di atas tu, boleh juga mau baca, tapi takut tidak sesuai sama jiwa kamu ja :)

Masa percutian

Plan asal kunun mau ke Europe ketika winter 2014. Tapi kami awalkan ke pertengahan tahun.
Sebab, waktu hujung tahun, selalunya Abang Edi akan lebih sibuk.
Aku pun prefer awalkan sebab aku tidak suka peram plan lama-lama. Nanti cepat jemu.
The sooner, the better.

Pegi masa mau dekat summer di Europe ni ngam untuk kita orang Malaysia sebab kita tidak perlu bersusah payah cari baju spesel untuk menangani cuaca sejuk di negara orang.
So, ruang beg boleh dijimatkan untuk hasil rembatan shopping :)

Tiket flight

Perkara pertama yang mesti beli ialah flight ticket. Tanpa benda alah ni, rancangan cuti mungkin hanya akan tinggal rancangan, atau kerap berubah-ubah. So, once ada flight ticket, memang confirm la ni jadi.

Aku siap ke MATTA Fair bulan Mac 2014 di PWTC.
Tapi pencarian tiket murah ku di sana berakhir dengan kehampaan sebab rata-rata tiket untuk musim cuti sekolah bulan Mei-Jun sudah melonjak mahal.
Kononnya, mengikut kata-kata salah seorang agen di Matta Fair tu, bulan 6 adalah time paling sibuk untuk orang Malaysia ke UK sebab ada majlis konvo katanya. Begitu?

Senang cerita, balik rumah, cari sendiri secara online.
Tapi kali ni, kena kurangkan sedikit skema. Sebab, kalau cari tiket pada tarikh mula cuti sekolah, flight mungkin full atau mahal gilos. (Cuti sekolah start 28 Mei hingga 15 Jun).
So, aku adjust tarikh jadi 25 Mei hingga 9 Jun.
Start cuti awal, balik dari cuti pun awal. Jadi, anak-anak ada masa berehat sebelum kembali ke sekolah.

Target airline - hanya MAS sahaja. Walaupun ketika tu, MAS ditimpa tragedi MH370.
Motif pilih MAS -  loyalty. Dan sebab aku malas mau pening kepala urus family aku kalau flight ada transit ni. Direct ja senang.
Pastu, setiap kami dapat luggage allowance 30kg. Semua sekali jadi 120kg. Banyak tu boleh diborong dari London :)

Harga tiket? Mau kata murah pun, tidak la sangat.
RM11,620.00 untuk kami anak beranak termasuk MHInsure travel insurance.
Boleh la.

Tips:
1. Aku terbaca dari satu blog ni, boleh cari tiket murah 2-3 hari sebelum MATTA Fair start. Nyesal aku cari lepas Matta Fair suda start. Terlambat la di situ.
2. Tiket ke London Heathrow (LHR) cenderung lebih mahal daripada tiket dari KUL ke Amsterdam atau Paris. Why? Not really sure. Airport tax lebih mahal rasanya.

Lepas beli ticket flight, aku jadi pening. Kami hanya ada lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk merancang percutian kami, all by myself.


Rancang cara perjalanan

Mula-mula, mesti sepakat dulu dengan Abang Edi, ke mana destinasi kami.

London - Abang Edi kata wajib. Dia mau shopping kunun. Aku pun rasa wajib. Aku mau tengok apa la best sangat dengan London ni.

Paris - Abang Edi tidak minat. Tapi aku cakap mesti pegi sebab mau bawa Addin dan Zara ke Disneyland Paris.

Italy - Abang Edi mau ke Colosseum kunun. Alang-alang ke Rome, apa kata pusing terus ni Italy so next time tidak perlu ke sini lagi. Lepas baca pengalaman orang, kami pun decide akan ke Milan (sebab ada San Siro stadium), Venice (sebab kota ni unik), Florence (sebab dekat dengan Pisa) dan Rome (sebab ada Colosseum). Serta tidak dilupakan ke negara kecil Vatican City.

Patah balik ke London dengan melalui Manchester (aku mau tengok apa yang gah sangat dengan Manchester United) dan Swindon (sebagai transit town dari Manchester ke London).

Cara termudah untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi ialah dengan naik train.
Kalau naik flight, akan banyak buang masa. Kena check-in awal kurang-kurang 2 jam, boarding lagi, kena check imigresen dan kastam lagi. Mana mau fikir luggage limit lagi.
Naik train senang, boarding 25 minit sebelum masa berlepas, bawa ja segala barang yang terlarat di bawa, boleh piknik dalam train sambil tengok keindahan alam di daratan.

Jenis pengangkutan
London ke Paris - Train (Eurostar)
Paris ke Milan - Train (TGV)
Milan ke Venice, Venice ke Florence, Florence ke Rome - Train (Trenitalia)
Rome ke Manchester - Airplane (RyanAir) (Sepatutnya tapi tidak jadi sebab ada strike)
Rome ke London Gatwick - Airplane (EasyJet)

Dari tube ke tube, metro ke metro, boleh la guna apps yang bersesuaian supaya tidak terkeliru baca maps yang berselirat.
Pastikan duit, oyster card atau tiket metro sudah ada dalam tangan.

 Ni guna apps City Mapper.
Sesuai digunakan di London.
Pilihan cara perjalanan adalah by walking, bus and tube. 
Anggaran tambang teksi pun ada. 

Ni pula ialah cara perjalanan by metro di Paris.
Amat membantu. Yang penting, kena tahu destinasi. 

Tempat tinggal

Selama kami di London, kami menginap di rumah kawan aku, Noripah di area Queensgate Terrace. Niat asal tu sebenarnya mau minta tolong kalau suami kawan aku ni boleh tolong kami dapatkan ruang untuk menyewa rumah Mara. Kalau tidak dapat tolong pun, maybe boleh tolong tumpangkan beg kami yang besar di rumahnya while kami round Paris dan Italy.

Alhamdulillah, Noripah dan suaminya tu bermurah hati pula mau tumpangkan kami di rumah mereka selama kami di London. Syukur. Kebetulan mereka ada dua orang anak juga, umur pun lebih kurang sebaya dengan Addin dan Zara, so aku rasa boleh la mengurangkan kegelisahan Addin dan Zara sebab ada kawan bermain sama.

Untuk kota lain selain di London, aku pilih tempat tinggal, hotel dan homestay, yang berdekatan dengan train station. Senang kami bergerak dengan beg yang banyak.
Aku tempah homestay guna airbnb. Kalau pilih kediaman yang ada kemudahan dapur dan washing machine, relatifnya kos penginapan adalah lebih murah daripada menginap di hotel.


Lain-lain persediaan yang dirasakan membantu

Wang
Yang ni wajib ada la selain pasport.
Kami tukar 4 hari sebelum flight. Macam biasa, tempat tukar favorite ialah di Giant Seri Kembangan.
Harga mahal sedikit daripada di tukaran wang yang femes di Midvalley. Tapi lepas mengambil kira penat lelah dan belanja driving sendiri, mana mau cari parking lagi, bagus aku tukar dekat rumah ja.
Untuk pastikan ada stok, aku call dulu siap-siap, pastu janji malam kitaorg datang collect duit.

Rate time kami tukar tu adalah tidak berapa membanggakan.
Pound Sterling = 5.5
Euro = 4.48

Mini rice cooker
Penting kalau ada suami yang tidak kenyang kalau tidak makan nasi dan anak yang tidak adventurous dalam bab makan-makan.

Mini rice cooker in action.
Beraksi dengan cemerlangnya sepanjang percutian kami. 
Berat around 1kg. Kecil. Tidak makan space sangat dalam beg :)

Maklumat lanjut:
Ketika testing lepas baru beli (di sini) dan 
Masak-masa ketika travel (di sini)

Mini travel cloth iron
Penting kalau hanya suka pakai tudung bawal dan tudung square scarf yang licin.

Jangan lupa kain pelikat ye. 
Selain sesuai dibawa bersolat, boleh juga digunakan sebagai lapik ketika gosok baju.
Walaupun iron ni kecil, tapi mencapai objektif menghilangkan komot di tudung dan baju kami anak-beranak.
Baru la boleh jalan-jalan cuti dengan yakin. 

Iron ni jenama Philips. Aku beli di Jusco Equine pada harga RM139.90 sahaja. 
(Sahaja?? Boleh la.. yang penting ringan dan tidak makan space dalam luggage)

p/s: Kalau cari travel iron ni di bahagian elektrik Jusco Equine, tanya dekat kaunter. Dorang tidak simpan di rak sebab kononnya orang selalu selit dan curi sebab kotak comel sangat.   


Monopod
Tidaklah penting sangat, tapi boleh la. 
Adikku si Nurul cadangkan aku untuk beli satu. 
Untuk ambil gambar kami sekeluarga kununnya. 
Sebab sebelum ni, kalau kami cuti-cuti, mesti ada family aku kan.
Jadi bole minta tolong Nurul, Lina atau Jakir snap photo kami.
Tapi kali ni kami 4 orang ja.
Aku pun malas mau minta tolong orang asing. 
Ngam la ni. RM80 untuk satu set monopod, shutter dan lenses.


Penjagaan kulit
Ini penting juga.
Mesti pastikan banyak minum air supaya badan tidak terdehidrasi. 
Pastu, gunakan losyen supaya kulit tidak kering semasa musim panas.
Macam kami, kurang-kurang kena ada 2 botol air dalam beg. 
Boleh kata selama kami di sana, rasa haus ja sepanjang masa.  
Boleh ja beli air mineral (atau aqua di Italy) di vending machine. 
Dapat la harga €1 sebotol di Italy. Kalau beli di kedai runcit, boleh dapat yang murah lagi.

Kulit kami yang kering, aku sapukan dengan pelembab Cetaphil. 
Terbaik setakat ini. 
Lebih baik lagi, pastikan juga kulit disapu dengan sunscreen. 
Sebab panas matahari di Italy tu memang lain macam.
Gila panas, sampai sunburn kulit kami.


Pakaian khas
Sebaiknya, install application weather forecast untuk merancang pakaian yang sesuai sehari-hari di sana.

Kalau pegi time summer ni, dan cuaca sedang elok, sepatutnya boleh ja pakai baju yang kita biasa pakai di Malaysia.
Elakkan pakaian hitam, sebab akan lagi terasa la panasnya.
Kalau pakai t-shirt lengan pendek, tunggu ja la kesan belang di tangan.
Selalunya, ada angin tiup, so sejuk juga la.

Kalau cuaca hujan pula, memang sejuk.
Ada ja aku tengok orang lain pakai trench coat dan jaket.
Paling sempoi, sebaiknya, boleh bawa jaket uniqlo - kalis hujan dan kalis sejuk.
Kalau sesuai, boleh guna.
Kalau tidak mau pakai, boleh lipat dan masuk pouchnya yang space saver.

Aku pula setakat bawa payung dan beli baju hujan untuk Abang Edi dan Addin pakai.
Zara pula pakai baju hujan yang kami beli untuk trip Australia dulu.


Smartphone applications
Sebelum datang tu, aku cadangkan, bole install dulu apps yang bersesuaian.
Especially untuk weather forecast, tube or metro map, language translation dan maps/gps.





Bahasa asas
Sudah tau mau ke negara orang, kenali dan belajar budaya orang, maka sepatutnya belajarlah bahasa orang walaupun yang asas. 
Kalau di London tu, boleh guna English yang kita biasa guna ni la. 

Kalau di Paris pula (atau di Perancis amnya), the most basic words untuk diguna ialah Bonjour (selamat atau good day) dan Merci (terima kasih atau thank you). 

Kalau di Italy pula, Ciao (boleh guna sebagai hello! atau untuk bye bye), Buongiorno (good morning, good afternoon, good day), Buona Sera (good evening), Grazie (thank you), Prego (welcome). 

Macam banyak la pula perkataan kami tau di Italy ni kan, pasal di sana ja 5 malam kan. 
Di Paris 2 malam ja.

Lepas greeting tu, boleh la speak english pun. 
Alhamdulillah, orait ja dorang menjawab lepas kami greet dorang macam tu. 
Di Paris dan di Italy.  

Aku rasa begitulah halnya kalau kita di Malaysia ni.
Tup tap ada pelancong tegur aku "Selamat pagi", mesti aku lebih gembira untuk menolong :)

14 comments:

  1. Salam kak, akak ade personal email or instagram x kak?

    ReplyDelete
  2. salam dik :)

    bole email akak kat naddea at gmail.com
    kat email tu, kita sambung borak eh :)

    ReplyDelete
  3. salam....nak tanya mini rice cooker ni agak2 berapa org dewasa yang boleh makan.

    ReplyDelete
  4. Salam cottonsilkonline :)

    mini rice cooker tu ble masak max 2 pot biasa yang kita guna selalu di rumah tu.

    so, depends.. untuk saya sekeluarga (2 adults + 2 children), 2 pot cukup je untuk sekali makan lunch or dinner.. selalunya ada balance. :)

    ReplyDelete
  5. seronok baca posting mummy zizou& zarra.. sangat gamble g Europe preparation dalm 3 bulan jer tu.. redah n terjah sungguh. yg pnting study siap2 aktiviti kt sane ye..
    tak sabar tak sabar.. nk ke europe juga dengan family.. huhu..

    jom ke belog saya http://amsyarwafiq.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Hi @Zunainah

    Tu la.. lepas beli tiket tu mmg kelam kabut nak sedia itinerary plan ke europe. seb baik le sempat :)
    you'll definitely have fun in europe with ur family.. best of luck!

    ReplyDelete
  7. Salam kak.. Total semua perbelanjaan akak bawa berapa ye? And agak agak kalau pergi dua orang berapa ye? :)

    ReplyDelete
  8. Hi @fiy_rizam

    Last time yg akak pegi tu lebih kurang 16 hari, 2 adults + 2 kids cam RM30k gitu not included shopping2. So kalau adik 2 org je, bole le bahagi 2 je. Murah banyak :)

    ReplyDelete
  9. Salam, nak tanya berapa nak kena tukar duit euro dan pound utk makan2 dan beli souvenir kecik2.

    ReplyDelete
  10. Salam mrs azizul

    mungkin mrs azizul boleh bajet macam ni.

    bajet makan
    15 pound/euro x 1 orang x jumlah hari

    bajet souvenir
    30 pound/euro untuk setiap lokasi penting sepanjang journey

    boleh bajet ikut tahap kemampuan dan nafsu makan/membeli apabila di sana nanti. kalau bawa bekal sendiri, banyak boleh jimat :)

    ReplyDelete
  11. Assalam akak.. boleh share full itinery x? Email saya syahmisadan@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saya Lejen,
      Akak tade detailed itinerary as in gantt chart or tabled and organized form.
      Instead, u can refer to my entry post about my euro tour dalam bulan June 2014 dan July 2015. Semua cerita tentang bandar yang dilawati ada dalam related posts.

      Delete
  12. Bestnye. Terima kasih share tips dan tricks :)
    Akan ke italy nov nanti, kena start belajar bahasa italy ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Have fun in Italy @AniAhmad. Prepare yourself with translation apps. Mesti ok nye :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...