Tiba-tiba, semua scheduled flight sebelum 12.30 ditukar statusnya daripada delayed kepada cancelled.
MasyaAllah. Apa aku mau buat ni?
What should we do? Aku tanya dengan pacik dari UK sebelah kami pun, dorang pun macam bingung.
Tidak tau mau buat apa.
Di Malaysia tidak pernah ada kejadian strike macam ni.
Kalau ada, aku rasa naya la kesatuan pekerja tu kena pelangkung dengan customer beramai-ramai.
Ada yang patah tulang jadinya.
Kami pun keluar beramai-ramai daripada boarding hall tu.
Keadaan di departure hall lebih panik.
Orang semua menyerbu ke check-in counter.
Ke information counter.
Semua tempat pun sesak dengan manusia.
Aku minta Abang Edi risik apa yang berlaku.
Time orang semua kind of panicking, tidak tau mau buat apa ketika strike ni, aku dengar ada sekumpulan manusia menyanyi sorak sorai gembira.
Rupanya, dorang-dorang tu la pasukan kerja ground staffs yang buat luggage handling.
Dorang menyanyi sebab ada krew berkamera (wartawan dari local news mungkin) sedang buat liputan di Ciampino pasal strike tu.
Henpon aku berbunyi. SMS dari RyanAir masuk mengatakan flight kami ke Manchester cancel.
Aku ada option, minta refund atau opt for next flight tanpa sebarang caj tambahan.
Tapi next flight hanya akan ada pada besok pagi, masa yang sama.
Dan aku kena print boarding pass baru.
Abang Edi datang dengan bawa berita, dorang pun tidak sure sampai bila strike ni dorang mau teruskan.
So, Abang Edi suruh aku tengok flight lain ke Manchester.
Dan dalam masa yang sama, dia pegi ambil beg kami yang sudah kena check-in tadi.
Aku macam kerani travel agent.
Tanpa berlengah lagi, aku terus buka data roaming.
Flight ke Manchester dari Rome yang ada pada hari tu, semua pun flight yang ada transit.
Paling kejap pun 13 jam connecting flight.
The best option, kalau tidak mau incur more cost, ambil next RyanAir flight ke Manchester which is besok.
Tapi Abang Edi tidak mau. Dia sudah jelak dengan Rome.
Dia tidak mau overnite di Rome untuk sehari lagi.
Kalau boleh biar ambil airline selain RyanAir, dan airport selain Ciampino.
Akhirnya, kami sepakat untuk terbang ke London hari itu juga.
Naik Easyjet dari Fiumicino.
Harga tiket yang awalnya €80++ lebih seorang melonjak ke €160++ seorang.
Aku suspek, mesti orang yang senasib dengan kami yang beli tiket bidan terjun ni.
Dan flight yang paling awal ke London pun dengan harga yang paling murah ketika itu ialah pada jam 9.15 malam.
Terpaksa la kami contact si Noripah untuk balik ke rumahnya.
Cadang konon mau hadkan bermalam di London sebab tidak mau kacau si Noripah, tapi keadaan memaksa. Huhu.
Sampai tertidur-tidur si Addin and Zara di sana.
Nasib la EasyJet ni tidak banyak cekadak macam RyanAir.
Tidak perlu print boarding pass atas kertas A4.
Pakai mobile boarding pass ja pun bole. Check-in pakai apps ja pun boleh.
Berat check-in luggage tidak lebih 20kg.
Cabin luggage pula suka hati la berat macamana pun yang penting kebesaran tu kena ikut saiz yang ditetapkan.
Pemandangan di luar airport.
Tunggu orang reda kejap. Kami naik teksi dari Ciampino ke Fiumicino €50.
Taxi driver tu kata caj tu adalah fixed. Pasal jauh pun. 30 minit.
Ha ye la. Aku pun menyampah sudah tengok Ciampino ni.
Yang penting ada resit. Aku mau try claim tu MHInsure.
Kami dihantar ke Terminal 3 Fiumicino. Kami sampai around jam 3 petang.
Bila sudah sampai sana, baru la aku perasan yang kami sepatutnya depart dari T2.
Alahai. Berjalan lagi kami. Memang penat.
Lepas tu Abang Edi minta aku repacking balik supaya cabin luggage dapat dikurangkan beratnya pindah ke beg besar tu bagi cukup 20kg.
Lepas repacking, aku patah balik ke T3 untuk cari tempat solat.
OK juga la tempat solat ni. Sejadah semua ada.
Tapi tempat ambil wuduk ja tiada.
Pandai-pandai la ke toilet terjengket-jengket menyeret kasut.
Airport Fiumicino tu punya la besar, aku rasa kalah KLIA.
Mau dibandingkan dengan airport Ciampino yang halus bak airport Langkawi ja rasanya.
Dari bag drop, ke security check, ke pasport control, ke departure gate, gila jauh bejalan.
Aku bersyukur ja si Addin dan Zara tidak banyak buat songeh hari ni.
Syukur yang amat.
Bila kapal kami berlepas tepat jam 9.15 malam ke London Gatwick, aku bersyukur sangat-sangat.
Selagi kapal tu tidak terbang, tidak la aku rasa hati aku aman.
Aku takut strike tu menjangkit ke airport ni pula.
Tempat duduk kami pun ialah seat yang belakang sekali.
Aku ada nampak beberapa muka yang aku cam berpiknik di Ciampino tadi.
Seat flight Easyjet ni pula punya main sempit.
Aku rasa macam seat AirAsia jauh lebih luas dari seat Easyjet ni.
Selama 2 jam lebih flight tu, aku, Addin dan Zara tidur ja.
Urusan isi borang arrival Abang Edi yang tolong buat.
Kepenatan sudah aku. Fizikal dan mental.
Apabila sampai di Gatwick pula, aku rasa excited.
Bye Rome, bye strike buduh.
Gatwick ni pula, punya main luas. Lenguh kaki kami berjalan.
Nasib baik ada stroller yang boleh dipinjam untuk kami tolak Zara yang masih dalam keadaan mamai.
Urusan imigresen juga tidak menyusahkan.
Mungkin kerana orang tengok cop Heathrow kami sebelum ini mengkali.
Lebih kurang jam 12.00 malam, kami ambil teksi dari Gatwick ke Queensgate Terrace.
Sebelum tu Abang Edi sempat beli buah dan croissant untuk mengisi perut yang kosong.
Aku sms Noripah yang kami mungkin akan sampai dalam tempoh sejam.
Kesian si Ipah terpaksa menunggu kami.
Driver teksi tu, migrate dari Pakistan, telah tinggal di UK untuk selama hampir 30 tahun.
Zara sambung pengsan dalam teksi. Addin pula masih terjaga.
At last, sampai juga kami ke rumah si Noripah.
Tambang teksi pula lebih kurang £100.
Kami sempat berborak dengan Noripah, beritahu pengalaman strike yang hampehs.
Mandi, solat dan pengsan.
p/s:
Aku bersyukur kerana rezeki kami ada data roaming, ada smartphone dan ada credit card maka kami dapat beli tiket Easyjet ke London hari ni.
Aku tidak dapat bayangkan apa la jadi sama passenger lain yang tersadar di Ciampino, yang mungkin tiada internet dan tiada wang atau juga mungkin tiada idea untuk menangani situasi macam tu.
Especially kepada macik dan pacik yang shud be satu flight sama kami pagi tadi..
They were no where to be seen at Fiumicino..
RyanAir pun tidak entertain their passenger di kaunter, sebab waktu strike tu, semua kaunter pun tutup..
Kalau mau deal dengan RyanAir, guna website dorang ja..
Syukur Ya Allah.
Especially kepada macik dan pacik yang shud be satu flight sama kami pagi tadi..
They were no where to be seen at Fiumicino..
RyanAir pun tidak entertain their passenger di kaunter, sebab waktu strike tu, semua kaunter pun tutup..
Kalau mau deal dengan RyanAir, guna website dorang ja..
Syukur Ya Allah.
Semoga rezeki ini dipanjangkan dan urusan claim travel insurance kami dipermudahkan. Amin.
What doesn't kill us make us stronger.
salam, mase beli tiket easyjet, beli skali utk hold luggage kan? boleh combined tak total luggage utk satu family?
ReplyDeletesalam hafeeza,
ReplyDeletekalau tak silap mmg bole.. as long as tak terlebih dari combined luggage allowance..
easyjet ni ok. tak byk cekadak cam ryanair.