google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 17, 2014

Kembara Eropah (Paris - Milan 30 Mei 2014)

Perjalanan diteruskan ke bumi Italy :)
Plan awal kunun mau naik sleeper night train dari Paris ke Venice.
Tapi tiba-tiba Abang Edi minta tukar plan sebab dia mau tengok pemandangan Switzerland walaupun tidak menjejakkan kaki ke sana.
Jadi, kena la ambil train siang kan.

Ada juga train dari Paris ke Milan.
Dan kena pilih train yang gerak awal dari Paris supaya sempat sampai di Milan sebelah siang.
Oleh kerana kami menginap di Novotel Gare de Lyon, so itu bukan problemnya.
Train bertolak dari Gare de Lyon pada jam 7:49 pagi selama 7 jam.
Dan akan sampai di stesyen Milano Garibaldi pada jam 2:51 petang.

Tips: Jam 7:49 pagi tu sebenarnya tidak la pagi sangat. Kalau time summer, seawal jam 5 pun sudah terang.  

Tiket train untuk kami 4 orang ialah €176.
Tiket kanak-kanak ada diskaun €6 ja daripada tiket dewasa.
Dan aku beli tiket guna website https://www.capitainetrain.com/
Amatlah mudah dan senang difahami.
Aku buat perbandingan harga dengan website https://www.loco2.com/ dan http://www.raileurope-world.com/, capitainetrain tu la yang paling kompetitif harganya.
Untuk tiket train, boleh print dari rumah. Guna tu ja. Senang.



So, seawal jam 6.30 kami sudah checkout. Dan melangkah ke Gare de Lyon.
Tiba-tiba, ada seorang french guy berbahasa melayu tegur kami.
Rupanya, mamat ni dari Lyon tapi kerja di Paris. Hari-hari la dia ni naik train pegi opis.
Kahwin dengan orang Indonesia. Pernah sekolah pondok 3 tahun. Hebat kan.
Anak ada 6 orang. Bahasa Indonesia pun fasih, tetapi ada loghat french sikit-sikit.

Sepanjang si Abdul Haq ni berbual sama kami, ada sorang ni perati ja kami.
Aku rasa dia ni macam ada gaya penyeluk saku. Dia perati ja luggage kami.
Nasib baik tidak jadi apa-apa.

Abang Edi dan Encik Abdul Haq.
Indah betul namanya. 
Tengok orang belakang yang sedang duduk tu. 
Dia perati ja kami. Tunggu peluang baik kot. 



Semua pun mau digambar kan.. hehe..
2nd class ja kami. Selesa :)

Lepas piknik, sempat lagi main Elsa and the Frozen gang sorang-sorang.

Abang Edi dan Addin seat di depan kami.

Dari Paris ke Milan.




Sepanjang perjalanan naik keretapi dari Paris ke Milan, memang terasa cantik ja pemandangan.
Teruja betul aku dan Abang Edi apabila tahu kami sudah masuk kawasan Switzerland.
Abang Edi cakap anniversary ke 10 kami nanti mau ke Switzerland kunun.
Semoga Allah panjangkan usia perkahwinan kami. Amin. InsyaAllah :)

 Train ada berhenti sekejap dalam 5-10 minute camtu di beberapa perhentian. Contoh cam Modane, Turin.
So, sementara tu, kaki smoking akan turun sedut oksigen sepam dua.

Addin cakap bangunan tu adalah fort atas bukit. 

Abang Edi di luar. Time ni Addin dan Zara riuh suruh daddy dorang masuk train takut tertinggal.

Akhirnya, sampai di Milano Gibraldi station.
Stesyen kedua terbesar di Milan. Tapi, train ke Venice besok adalah dari Milano Centrale. 
Jadi, aku cari homestay di area sana. 

Lebih kurang 10-15 minit naik teksi maka sampai la di Via Guillo Tarra.
Kami disambut oleh tuan rumah, Elena. 

Rumah bujang si Elena. Aku rasa rumah dia ni cool sebab ada platform ni. 
Sedikit bahaya tapi fun. Di atas tu ada tilam saiz queen.

Master bedroom. Tuala disediakan.

Bilik air. Dalam bilik air ada penyidai baju.

Ruang tamu rumah Elena yang sudah diselerakkan oleh kami. 

Ruang dapur.

Aku dan Elena. 
Si Elena ni kaki bola dan memang main bola. 
Dalam rumahnya tu, ada saja poster berkaitan football. Buku pasal football pun ada. 
Tujuan si Elena menyewakan rumahnya ni sebab mau cari wang lebih katanya. 
Di rumahnya ni, si Elena suruh guna apa saja ikut suka hati aku.
Mau memasak ka, basuh baju ka, guna ja.

Ada toys kecil-kecil pun dia kata dia memang expect si Addin dan Zara akan suka.   
Ada wifi yang berdesup, memang super fast, puas hati.
Tapi tiada tv. Tiada masalah sebab kami bukan faham pun bahasa italiano kan. 

Abang Edi sempat bertanya tentang cara untuk ke San Siro. 
So, Elena ni pun sempat bagitau guna metro line apa, dari stop mana ke mana.
All in all, aku memang gembira sama rumah si Elena ni. 
Kalau ada apa-apa masalah, whatsapp or sms ja dia. 
Rate sewa di rumahnya ni €133 untuk satu malam.

Sebelum keluar rumah, aku masukkan baju dalam washing machine dulu.
Pandai-pandai la guna walau tidak faham italiano.

Dorang sini memang gila berbeskal.
Beskal pun main gantung dalam rumah ja. 

Lepas hemat diri dan solat segala, kami pun bejalan kaki ke Milano Centrale dalam 10 minit macam tu.
Ada taman di antara kawasan rumah Elena dan Milano Centrale yang sedang kena renovate.
Kalau tiada projek renovate taman tu, 5 minit pun sampai. Dekat sangat. 
Naik metro ke Duomo, kena beli 2 tiket dewasa €1.50 seorang. 

 Dalam metro. 

Duomo Gothic Cathedral.
Di kawasan ni banyak burung merpati.
Aku sudah warning Addin dan Zara untuk tidak terima apa-apa yang orang bagi.
Takut kena caj bukan-bukan.
Pasal aku baca ada orang kena bagi roti dan disuruh depa tangan untuk bagi burung makan konon.
Tup tap kena pau €5 atau €10 gitu. Gila. 
Seb baik tidak kena. 

Dalam Duomo. 

Aku suka dengan bumbung dorang.

Banyak butik high class dalam ni.


Kami tidak banyak acara di sini. 
Hanya belanja Addin dan Zara gelato. 
€1.50 sahaja untuk satu gelato bersaiz kecil. 
Memang sedap.

 Lepas tu kami keluar kejap. Ada statue Leonardo da Vincci.
Tiada plan lain. Kami mau pegi San Siro saja. 
Tapi metro tidak jalan lepas pukul 6 petang hari ni.
Si Elena bagitau ada strike.
Naik teksi ja la kami. 

Oleh kerana driver kami tidak pandai cakap english, maka aku, dengan bantuan Google Translate, bagitau sama pakcik driver tu yang kami mau singgah di San Siro untuk bergambar ja. 
Dan minta pacik tu hantar kami terus balik ke rumah. 

Notes ni aku masih simpan. Jadi kenang-kenangan. 
Jam 12:43 am tu masa Malaysia, so kalau time di Itali mungkin sekitar 6:43 petang camtu.
Aku pun tidak sure samada italiano aku tu betul ka tidak. 
Yang penting, pacik tu paham.

Di luar stadium San Siro.
Orang sini memang kreatif. 

Perjalanan dari Duomo ke San Siro ni adalah 20-30 minit macam tu.
Bila sudah sampai pun, San Siro tu sudah tutup.


Bergambar di luar ja la Abang Edi.
Asalkan sampai katanya.
Time di San Siro ni, hujan renyai start turun. 
Lepas sesi di San Siro untuk 10 minit ni (5 minit bergambar, 5 minit Abang Edi besigup), kami teruskan perjalanan ke Via Guillo Tarra semula. 
Traffic jam ya ampun, time orang balik dari opis mengkali. 


 Bila sudah sampai, amik kau. 
€53 untuk 71 minit perjalanan.
Almost RM200 untuk perjalanan round bandar Milan. 
Pacik driver ni memang baik. Saya bagi 5 bintang. 

Sampai rumah, jemur baju dan mandi.
Dinner kami - nasi, berlaukkan sardin dan telur dadar (aku pau telur dalam peti ais si Elena). 
Pukul 10 malam tu, ingat mau cari kedai runcit mau ganti telur si Elena, rupanya semua kedai sudah tutup.

Bersiap saja la untuk besok, kerana kami akan ke Venezia!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...