google analytic

Nuffnang

Thursday, June 26, 2014

Kembara Eropah (London - 7 Jun 2014)

Alhamdulillah. Kebanyakan daripada hari kami di bumi Eropah ni cuaca memang baik.
Walaupun sehari dua sebelum hari sebenar aku check di weather apps tunjuk cuaca hujan, tapi bila hari kejadian, cuaca mesti akan jadi cun punya. Syukur.

Hari ni cuaca pun baik juga.
Tambah pula hari ni hari Sabtu, setengah hari. Hari besok, Ahad, holiday.
Ada pula jiran yang suntanning atas rooftop pakai spender saja.
Orang putih ni memang suka berjemur kan. Huhu.

Aku suda plan kunun hari ni mau ke 2 tempat iaitu Madame Tussaud dan Buckingham Palace.
Abang Edi tambah satu, dia mau ke HRC London.
Addin dan Zara pun tambah satu, mau ke Hamleys kunun.
OK la, yang penting semua bahagia.

Hari ni Sabtu so Syuhadah cuti.
Breakfast sama-sama lebih berselera.

Madame Tussaud

Gigih kami bertukar ganti tube ke Madame Tussaud yang berada di Baker Street.
Kunun berbekalkan tiket kami yang ada priority entry ni maka dapat berbahagialah kami di sana.
Sekalinya, masyaAllah, punya la ramai manusia.
Priority lane ka, tidak priority ka, sama ja.
Time tu lebih kurang jam 11 lebih nak ke 12 tengahari gitu.
Malas punya pasal mau berebut, kami pegi la ke destinasi selanjutnya iaitu HRC London.

Bergambar di luar ja la kami hari ni.


Hard Rock Cafe London

Orang berbaris mau masuk HRC London.
Pun sama juga headache. 
Nasib la kami mau ke shop ja. 
Abang Edi tu menunaikan kiriman orang.
Sempat la kami menyambar t-shirt untuk Addin dan Zara juga.

Buckingham Palace

Tidak sah la rasanya kalau ke London tapi tidak ke Buckingham Palace.
Dari Hard Rock Cafe tu kami menapak ke Buckingham Palace.
So, kena lalu gardennya dulu.

 
Keterujaan melihat bunga kecil di rumputan.


Aku agak banyak bunga ni sebab semalam ada D-Day iaitu hari untuk meraikan veteran perang dunia ke-2.




Love this view.




Sila ambil perhatian ye.


Terik betul matahari. 


Lepas tu, kita pi sini jap.

Pasal aku tidak dapat tengok tu guard dekat-dekat, ambil gambar atas gambar ja pun kira boleh la.
Tidak beli apa pun. 
Jom naik cab pegi Hamleys di Regent Street.

Hamleys

Inilah tempat yang Abang Edi keep campaigning to Addin dan Zara. 
Kunun siok la. Kunun Daddy akan beli mainan untuk Addin dan Zara. 
Jadi, Addin dan Zara memang gembira bila kami sudah kembali ke London.
Start dari kami touch down tengah malam di Gatwick sampai semalam baru balik dari Swindon, tidak habis-habis demand mau pegi Hamleys ja.
Ingatkan mau tunggu sampai hari last di London, save the best for last kunun.
Tapi pasal plan ke Madame Tussaud sudah rosak ini hari, jadi kita layankan ja la.



Punya la ramai manusia di Hamleys ni. 
Si Addin pula, masuk Hamleys ja, terus ajak ke tingkat atas sekali sebab situ la ada Lego. 


Gorilla paling mahal aku jumpa.
Ada ka orang mau beli ni gorilla?


Si Addin ni semua mainan pun dia mau try.

Senang cakap, Hamleys ni memang la 'syurga mainan' untuk kanak-kanak.
Ada duit atau tiada ja la. 
Promoter dorang pun boleh tahan pandai marketing.
Terpengaruh juga la kami beli mainan yang cop Hamleys.
Sekalinya bila sudah bawa balik Malaysia, tidak pandai main pula.
Tengok promoter tu demo, macam senang ja kunun.
Membazir ja la.
Pastu, kalau membeli di sini, boleh claim VAT refund.
Ada juga la aku nampak Malaysian memborong di Hamleys ni. 

Dari Hamleys ni, aku ingat mau ke Primark kunun. 
Tapi Abang Edi macam tidak setuju. 
Huhu. Oleh kerana kami sudah lapar, jadinya kami ke Paddington.
Makan di Bonda lagi.

Abang Edi memang suka sangat la makan di sini.
Sepanjang aku ke London ni, tiada pula aku merasa makan di Malaysia Hall pasal Abang Edi tidak bawa.

Rupa-rupanya, hari ni dan besok, tube dari Paddington ke Gloucester Road kena tutup pula line nya.
Mau jalan kaki ble tahan jauh kalau mau merentasi Hyde Park tu. 
Naik bas tidak pandai.
So, kami taram lagi naik teksi tapi kali ni minta berhenti di Hyde Park dekat gate Royal Albert Hall.

Hyde Park

Alkisahnya, Hyde Park ni memang la besar yang amat. 
Kami ni hanya cover seciput ja daripada keseluruhan Hyde Park.
Sebenarnya pegi sini ni sebab si Ipah ada bagitau aku ada playground with big boat.
Tapi, kami pun tidak larat suda mau jalan.
The boat playground is Diana Memorial Playground. Almost 15 minutes walk from The Albert Memorial.
So, di area sini-sini saja la kami. 

Main kutip bunga kecik.


Lumba lari kunun.

The Albert Memorial view.
Awan gelap tapi cuaca panas.

Suka dengan garden di sini. 

Ni Zara yang ambil gambar. Aku buat muka sebab dia ble cakap "Daddy, chum (cium) Mummy".
Hape la Zara ni.


Background Royal Albert Hall London.

Dari sini, kami jalan kaki balik ke Queensgate Terrace.
Dekat ja lebih kurang 10 minit. 


Dorang ni sibuk mau try naik basikal.
Di sini bersepah dorang buat basikal sewa macam ni.
Kalau ada space untuk letak budak di basikal tu, mesti aku dengan Abang Edi sudah pinjam.
Penat oo jalan kaki.
 (Dilema orang yang selalu drive kereta ja ke mana-mana.. Sad.). 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...