google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 17, 2014

Kembara Eropah (Paris 29 Mei 2014)

Aku bangun extra awal sebab mau check-in untuk flight RyanAir kami dari Rome ke Manchester dalam masa 7 hari dari hari ni.

Tips untuk check-in flight Ryanair: 
Boleh check-in lebih awal iaitu seawal 30 hari daripada tarikh penerbangan, tapi nanti kena beli seat untuk setiap orang yang check-in. Kurang-kurang pun €10 seorang. Sudah €40 total di situ untuk kami sekeluarga.
Kalau tiada kemudahan internet untuk check-in dan tiada kemudahan printer untuk cetak boarding pass dalam masa 7 hari sebelum penerbangan, lebih baik buat lebih awal.
Sebab, kegagalan untuk check-in sendiri akan dicaj €70 untuk check-in di kaunter. 
Dan kegagalan untuk menunjukkan boarding pass yang dicetak sendiri atas kertas A4 akan dicaj €15 bagi satu boarding pass.    

Oleh kerana aku cheapskate, maka aku saja tunggu check-in RyanAir dalam masa 7 hari dari tarikh penerbangan.
So, aku tidak perlu bayar caj untuk seat. Dan perlu redha ja dengan seat apa yang dorang mau bagi sama kami, yang penting terbang.
(Tapi kalau sudah dalam satu booking number, jarang dorang mau bagi pisah seat).
Nasib baik kami dapat seat 21 A, B, C, D. Semua sederet. 
Dan lagi, aku konpiden ja kami boleh jumpa printer sebab aku suda tanya dengan tuan rumah aku di Milan dan Rome. Dorang kata dorang ble tolong printkan for free.

Rupa-rupanya, di Novotel Gare de Lyon ni pun ada kemudahan untuk internet dan printing. Bagus betul.
Hotel yang aku tempah di Venice pun ada kemudahan ni. Memang bagus sangat la. 
Tenang jiwa aku. 

Oleh kerana sudah bangun awal, nda la aku dapat tidur balik.
Aku sediakan bekal untuk kami ke Disneyland iaitu nasi impit dan serunding :)

Kami mulakan perjalanan dengan naik train ke Marne La Vallee Chessy iaitu stesyen terhampir dengan Disneyland Paris.
Tiket sehala sudah beli semalam. Just naik train yang menghala ke RER A.
Perjalanan selama 45 minit ku rasakan lama.
Sampai ja Disneyland Paris, mak aih! Ramainya manusia!!

Tips:
Beli tiket Disneyland Paris melalui website Disneyland Paris yang guna bahasa french, bukan yang UK version atau lain-lain lagi. 
Time buka website disneyland Paris tu, cepat-cepat pilih language - France Ile de France.
Kalau guna website french ni, boleh dapat harga lebih murah daripada site Disneyland Paris yang guna bahasa lain. 
Harga weekdays ialah €49 seorang (adult dan children sama ja harga) untuk 1 day/2 parks. 
Dan harga weekend atau public holiday ialah €55 seorang  (adult/children) untuk 1 day/2 parks.
Walaupun yang beli tiket tu bukan rakyat Perancis, tiada masalah. Boleh ja guna :)
Credit kepada blog Let's Jom! (bukan tipikal travelog) di atas tip yang amat bermanfaat ini!




Lepas beli tiket, print ja sendiri tiket yang diemailkan. Dan bole scan barcode yang ada untuk masuk Disneyland. Senang amat.

Tips:
Kalau ada angan-angan untuk beli tiket on the spot, aku rasa biarlah itu tinggal angan-angan.
Gila ramai orang berbaris. Bagus beli online ja. 

Kebetulan aku ke sana hari Khamis ada cuti Ascension Day pula. Apa punya cuti pun aku tatau la.
Jadi memang naya la. Di UK Spring Bank Holiday ngan cuti sekolah, di Paris ni pun ada holiday, Malaysia pun ada cuti sekolah.
Hmm.. bagus sangat la. Kebetulan yang mengujakan!

Destinasi pertama, Disneyland Park!

Disneyland Park dari kejauhan.

 Kenapa dalam gambar nampak macam tidak ramai orang ni?

 Itik kena pagar

Alhamdulillah. Hari ni cuaca bagus betul. 
Awan biru, panas terik semua ada.
Disneyland Paris ni besar ya ampun. 
Lenguh mata aku melihat saujana mata memandang kejauhannya.
So, untuk menyenangkan semua pihak, kami pun sewa stroller €15 seunit untuk sekali pinjam. 

Addin dan Zara buat single stroller jadi 'double' stroller.

 Terjumpa pula dengan keluarga Malaysia di sana. 
Ada anak dorang belajar di Oxford.
Sejuk perut mak mengandungkan kan :)

Kita makan dulu.

 Ada parti sorak sorai gembira.
Aku ja yang appreciate ni sebenarnya. 
Pasal aku ja yang tau lagu Disney dulu-dulu.
Lagu Zip A Dee Doo Dah, Let's Go Fly a Kite.
Aku tengok semua golongan ibu-ibu dan bapa-bapa yang seumur dengan aku pun kumat kamit nyanyi sama-sama.
Addin, Zara, Abang Edi dan budak-budak lain, nan hado. Tengok saja la. 

Gila ramai orang kan. 
Aku pun tidak tau la adakah senormal begini Disneyland Paris hari-hari.
Ka kami ja kebetulan terkena hari sesak ramai macam ni. 

Ambil gambar lagi

Boring la. Beli souvenir dulu.

Akhirnya jumpa juga di sini. Tapi ada mahal daripada di Disney Store London. 
Pilih antara dua. Patung Elsa sorang atau Elsa dan kawan-kawan.
Zara pilih Elsa dan kawan-kawan. Supaya Elsa tidak sunyi.
Aku pun gembira. Sebab lebih murah €5. Hehe.

Kesian dengan Addin dan Zara.
Dan kesian juga sama kami. 
Ada aku ajak dorang main tu Merry Go Round. Tapi si Addin tidak mau pula.
Pasal ramai orang berbaris. 
Sudahnya, satu ride pun tidak naik di Disneyland Park.
Mahal-mahal ja beli tiket. Sudah la penat kaki berjalan.
Redha ja la :)

Jadi, kami teruskan ke Walt Disney Studio pula. 
Stroller yang kami sewa tadi tu, kami pulangkan ke kaunternya.
Resit yang ada kami pegang. Dan guna resit yang sama untuk ambil stroller di Walt Disney Studio.


Pintu masuk Walt Disney Studio.




 

Penat sudah. Aku try la stroller ni. Muat pula. Hoho.

 Si Addin mau try naik roller coaster. Tapi tidak cukup tinggi.
Jadi kami pigi tengok Armageddon ja.

Sempat makan kudap-kudap.

Zara try tengok kartun dalam mesin apa ntah tu.

Baru jam 3 petang. Tapi kami sudah boring.
Plan Abang Edi mau ke La Valle shopping outlet pun tidak jadi.
So, kami patah balik ke Gare de Lyon.
Harga tiket train ialah €22 untuk kami berempat. 
Then, ambil teksi untuk ke Musee de Lourve. Tambang teksi ialah €11++.

Untuk 2 hari 2 malam plan ke Paris ni, aku memang sudah cakap dengan Abang Edi, selain dari Disneyland dan Lafayette, aku mau pegi 2 attraction ja: Eiffel Tower dan Lourve Museum. 
Sebab mau tengok Pyramid tu dari dekat. Bukan mau masuk pegi muzium pun.
Macam la aman hidup aku kalau bawa Addin dan Zara pegi tengok art di sana. Hoho. 
Lain-lain macam Notre Dame, Arch de Triomphe ka semua tu, next time boleh pegi. 
Eiseh, ada next time ka konon?


Di Lourve Palace.
Abang Edi dukung Zara.


Pyramid kecil.


 Kejar burung.

 Melompat bersungguh-sungguh.

Diambil gambar oleh satu pasangan Cina Malaysia dari Puchong. 

Aku terasa macam mau masuk la.
Boleh masuk ka tidak?

Lepas sesi melepak dan bergambar di atas tu, kami rasa macam mau balik.
Kepenatan sudah. Tapi tidak tau perhentian metro terdekat.
Jadinya, Abang Edi ringankan mulut bertanya dengan guard yang ada dalam tu.
Rupanya ada di bawah tanah tu.
Oooo... baru tau. 


Baru aku tau rupanya Pyramid ni bole ja masuk.

La Pyramide Inversée (The Inverted Pyramid).
Kan benda ni ada dalam cerita Da Vincci Code :)
Aku bayangkan ada tomb si Mary Magdalene bawah tu. Hoho.

Rupanya bawah ni ada shopping mall pula. 
Carrousel de Lourve.
Window shopping ja la kami. 


Jalan punya jalan, sampai la kami ke metro stop Palais Royal - Musee du Louvre Line 1.
Baru aku faham, semalam yang kami tidak dapat turun di metro stop ni, kena tutup tu untuk Line 7 sahaja. 
Maknanya, bole ja la kami naik metro dari Gare De Lyon ke Palais Royal - Musee du Louvre untuk Line 1.
Kureng betul.
Carnette yang kami beli semalam tu belum habis lagi.
Rugi pula rasanya. 

Sampai hotel, aku terus print boarding pass RyanAir kami. 
Addin pula kegembiraan sebab dapat main Xbox di play area. 

Masuk bilik, aku masak nasi, panaskan lauk Ayam Masak Merah Brahim's dan buka tin sardin dalam sos teriyaki.
Sedap hingga menjilat jari.
Kena siap sedia untuk perjalanan jauh ke Milan besok!


Apa la mau buat dengan t+ ticket kami yang left over tu. Aku google, tiket tu tiada expiry selagi belum digunakan. Macam la kami mau pigi Paris dalam masa terdekat. Kalau convert ke RM, mau RM18 la juga lebih kurang total semua. Sigh! 

p/s: Aku sudah tolak tiket ni sama kawan aku, Mrs Alen Fabian. Nanti dia mau balik kampung laki dia lepas raya. Tidak la terbuang sia-sia ni tiket. 

12 comments:

  1. salam sis..boleh tak terangkan cara guna carnet tu di paris?
    saya confuse la sis..tq..

    ReplyDelete
  2. Salam Sis Hafeeza

    Carnet tu boleh guna macam guna tiket biasa. Guna metro or bus.

    Cumanya, carnette ni harganya dah diskaun 20% harga tiket biasa. Murah sebab kita beli 10 keping sekaligus. So, bole le share dengan geng seperjalanan. Kalau jalan-jalan naik metro dan bus dalam area Paris je untuk 2-3 hari, dah cukup dah tu.

    ReplyDelete
  3. salam sis. seronok tgk percutian sis satu family. insyaAllah saya akan ke london & paris bulan nov ni. nak tnya, disneyland & walt disney tu beli tiket sekali ke asing2 sbb dalam website dia jual asing2 kan?

    ReplyDelete
  4. Hi there Gotstyle!

    Tiket utk dua2 park tu boleh beli bersekali. dan boleh juga beli tiket untuk satu park (parc) sahaja. (pilih saja indifferent).
    bilangan hari (nombre de jours) pun memainkan peranan dalam menentukan harga tiket.
    Try cari di bawah tab billet (or ticket in french).
    hope this tips help! good luck for your journey planning :)

    ReplyDelete
  5. kalau nak beli 10 keping terus carnet tu beli di mesin atau kaunter ye sis?

    ReplyDelete
  6. Beli kat kaunter bole, kat mesin pun bole @hafeeza.. kat mesin tu ada option guna english.. so kita senang faham :)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    nak tanya, patut beli 2 park atau 1 park tiket Disneyland, i bawak 2kids 7 & 13. Kalau 1 park dah berbaloi. Sbb i plan nak ke outlet selepas tu. Tq

    ReplyDelete
  8. Salam cottonsilkonline

    Sebenarnya, nak pilih 1 atau 2 parks bergantung kepada jadual perjalanan dan citarasa masing-masing.

    So maybe ble bincang dgn ur kids dorang prefer yang mana. Walt Disney Studios sesuai untuk budak besar. Disneyland Park sesuai untuk budak kecik.

    Kalau beli tiket untuk masuk 2 parks pun berbaloi sebab 1)tiket lebih mahal 15 euro je (harga tiket satu park pun maybe around 40 euro gitu) 2)ble keluar masuk both parks sesuka hati dalam masa satu hari.

    Happy holiday in Paris!

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Rasenye disneyland ramai org tak mase krismas? Plan ke paris bulan 12 ms krismas...beli tiket online je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tak sure le plak yang tu Pzahkudin..
      Saya rasa maybe awak ble try google experience orang yang pegi Disneyland on Paris. Try check kat Tripadvisor ke.
      Haah. beli tiket online je. Jimat masa nak que :)

      Delete
  10. salam, nak tanya now mmg da tak boleh beli ticket disneyland dar website french ke? sb masa nak buat pembayaran tu macam die block kalu nak bayar kad kredit luar dari negara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kejubudu, saya pun tak sure dah sekarang sebab dah takde keperluan untuk beli tiket disneyland di paris tu. nak try sendiri takut plak kad kredit sendiri kena charged :)
      tapi kalau tgk kat website dorang tu, kad kredit yang diterima ialah mastercard, amex, visa dan jcb.
      kawan saya baru2 ni, bulan jun yang lepas pun ada ke disneyland paris beli dari website french ni juga. alhamdulillah, tade masalah.

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...