google analytic

Nuffnang

Wednesday, June 25, 2014

Kembara Eropah (London - Swindon 5 Jun 2014)

At last, back to London.

Pagi kami hari ni semua ceria.
Addin dan Zara dapat bermain dengan Syuhadah dan Adeeb semula.
Tengok cerita Peppa Pig tak pandai habis.

Aku pula boleh cuci baju kotor yang berlambak.
Boleh bersembang dengan Ipah, melancarkan lidah dengan menggunakan our mother tongue, bahasa melayu brunei :)

Tetapi, rileks itu tidak lama.
Sebab Abang Edi minta aku packing apa yang patut untuk dibawa ke Swindon.

Ye.. sepatutnya, kalau bukan sebab kes strike semalam tu, dapat la kami bangun pagi ni di Manchester.
Konon plan untuk semalam, lepas touch down di Manchester, mau ke Old Trafford.
Dan hari ni, boleh sewa kereta daripada Manchester seterusnya menyinggah ke Anfield pula.
Bole la rembat merchandise sebarang dua untuk husband si Tasha dan kawan-kawan Abang Edi yang mengirim.
Lepas tu shopping di Cheshire Oak Outlet.
Mungkin lebih sesuai dengan jiwa aku sebab barang-barang outlet di sana adalah daripada brand pertengahan.
Bukan yang rata-ratanya atasan seperti di Bicester Village. Hoho.
Lepas sesi round Cheshire Oak, maybe boleh singgah ke Bath juga.
Dan baru ke Swindon. Tujuan bermalam di Swindon adalah untuk transit sebelum ke Oxford dan seterusnya kembali ke London. Kalau ada masa mungkin boleh meninjau batu besar di Stonehenge.

Tapi plan hanya tinggal plan.
Kos penginapan yang telah dibayar untuk Travelodge Manchester Piccadilly sebanyak £42 hangus begitu saja.
Untuk tidak menambah kerugian, kos overnite satu malam di Primary Inn Swindon North sebanyak £39 mesti digunakan.
Maka hari ini, kita ke Swindon!

Aku packing 1 beg saja. Untuk 1 malam ja kan.
Kami berempat naik tube dari Gloucester Road ke Paddington.
Cadangannya, mau drive sendiri ja macam trip kami ke BV last time.
Sebelum ke Europcar tu, lunch dulu di Bonda Sussex Garden.
Berselera sungguh si Addin makan sambal ayam.
Lama sudah tidak jumpa masakan melayu kan.
Total bil £22. Amik kau.



 
Comel betul kereta ini

Di Europcar, hanya mini car Fiat 500 dan people mover (kereta besar-besaran) ja yang tinggal.
So, kami ambil ja la Fiat 500 pada harga £69.26 untuk 24 jam.
Lebih mahal daripada compact car yang kami sewa sebelum ni.
Kereta pun lebih comel.

Berbekalkan GPS kawan Abang Edi yang kami bawa dari Malaysia, kami set untuk ke Swindon Designer Outlet dulu.
Nasib baik la ada GPS ni. Kalau tidak, harus sesat.
Jalan di Swindon ni macam pening sikit.
Banyak roundabout kecil.
Pastu boleh pula bergabung menjadi satu roundabout lebih besar.
Macam konpius pun ada juga kami. Nasib baik satu malam ja di sini. 

Kami sampai di Swindon dalam jam 4 petang begitu.
Mesti cepat-cepat shopping. Balas dendam sebab tidak tercapai hasrat ke Cheshire Oak.

Sebelum round ni factory outlet, kita sewa dulu ni kereta kecil.
Sebab aku mau shopping dalam keadaan yang aman. 
Rasanya £1 untuk sejam. 

Tasha sudah bagitau aku awal-awal 2 bulan sebelum kami fly yang dia minta kirim ni Tefal Actifry.
Aku pun tidak sure ini murah ka tidak. 
Mini Actifry 0.6 kg £109.99.
Actifry 1 kg £119.99 dan yang 1.5kg tu £159.99.
Aku beli ja yang mini Actifry tu sebab senang angkut pasal ada kereta sewa. 

Swindon Factory Outlet ni tiada la meriah sangat.
Orang tidak ramai. 
Brand pun tidak banyak. 
Pastu semua indoor.
Tiada la kejadian basah kena hujan. 
Mau shopping sunguh-sungguh pun macam tiada selera. 
70% hasil shopping adalah pakaian Addin dan Zara ja. 
Sebagai baju raya lah konon.

Swindon Outlet ni buka sampai jam 8. 
Ngam la untuk kami yang datang lambat tadi tu.
Sebelum menuju ke hotel, kami entertain Addin dan Zara dulu dengan main di playground di Swindon Outlet ni. 

Saya yang kelenguhan. 
Abang Edi malas angkat tu kotak Actifry.
Tidak apa, aku sanggup angkat. Hoho. 

Dari Swindon Outlet Designer Outlet ke Primary Inn Swindon North, dekat ja. Lebih kurang macam 10 minit gitu. 

Memang terbaik la Primary Inn Swindon North ni.
Sudah la murah. Luas pula tu. Bersih pula tu. 

Di mana ada bath tub, di situ Addin dan Zara gembira.

Ada extra pillows.

Katil cukup untuk 4 orang. 

Kelengkapan minuman panas disediakan.

Hotel ni tiada aircond. Tapi dia sediakan kipas. 
Kami pun tidak kisah sebab malam-malam memang sejuk.

Lepas mandi, bersiap segala, masa untuk cari makan malam. 
Cari punya cari, 2 restoran halal yang kami pegi tutup.
Kami bertanya dengan local pedestrian, dia cadangkan kami pegi ke Jewel in the Crown yang masih buka pada jam 9 malam. 



Yang ni memang datang sekali dengan papadom besar as kudap-kudap.
(Appetizer/starter? Aku pun tak reti la).

Kami order nasi briyani kambing, kari ayam dan nasi putih.
Biryani kambing tu datang lengkap dengan dalca. 
Kena hidang siap ada api pemanas lagi.



Masa kami sampai ke restoran Jewel in the Crown ni, rasa macam out of league saja sebab restoran ni kami rasa macam ekslusif gila.
Makanan siap dihidangkan panas-panas.
Plate pun suam-suam baru keluar dari sterilizer.
Rasa macam kekok pula sebab kami ni kan orang kebanyakan ja.
Lepas tu, segan la pula sebab si Addin dan Zara ni bukan pandai ber'table manners' sangat.

Makanan, terbaek! Addin cakap kari ayam dorang ni paling sedap.
Sedap sangat sampai si Addin ni mau minta bungkus sebab mau bagi Syuhadah rasa.
(Addin ni memang thoughtful).
Servis pun bagus.
Walaupun aku rasa dorang ni ekslusif, tapi tidak la sombong dalam melayan tetamu.

Owner restoran tu siap teruja lagi bila tengok si Addin makan dengan bersuap guna tangan.
Pastu siap teka adakah kami dari Malaysia. Pastu dia cerita kenangan pi haji jumpa ramai jemaah dari Malaysia. Ramah juga la orangnya.
Sebelum balik, kami sempat take away 6 biji beef samosa. Lebih kurang £6 juga la 6 biji tu. Mahai betul. Huhu.
Total bill? £26 sahaja. :)
Puas hati. Recommended.

Kami balik bilik dalam keadaan kenyang dan kepenatan.
Di Premier Inn, mereka menjamin tidur yang lena atau wang anda dikembalikan :)

1 comment:

  1. sis nk tanye utk rental car tu kena bayar deposit how much ye?tq!

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...