Ada free breakfast. So, jangan dilepaskan peluang itu.
Turun pegi makan tu, jangan lupa bawa tupperware untuk bungkus apa yang patut :p
Pintu masuk cafe
Breakfast spread dorang ni boleh tahan juga.
Kami just ambil cereal, roti dan pastri ja la.
Tidak lupa, aku juga sempat sisipkan beberapa biji croissant dan pastri sebagai bekal dalam train ke Florence nanti.
*jangan lupa untuk bawa tupperware so ble buat kegiatan tapau menapau ni
Lepas breakfast tu, kami check out.
Pastu, aku pi train station kejap untuk beli tiket train dari Florence ke Pisa.
Sementara Abang Edi dan anak-anak stay di hotel untuk memanfaatkan kemudahan Wifi.
Hari ni hari Ahad. Gila sesak.
Berduyun-duyun orang di train station ni.
Venice information centre.
Maklumat tiket. €7 tiket sehala naik waterbus.
Ni tiket ikut jam.
Kalau rasa macam rajin naik waterbus lebih dari 3 kali tu, elok beli yang tiket jenis ni.
Kalau banyak masa pula, boleh beli tiket tour Venice.
Tiket budak-budak ada diskaun.
Que orang tunggu waterbus. Panjang gila.
Ramai betul manusia di bridge depan hotel kami.
Nama bridge tu Ponte degli Scalzi.
Depan tu pun ada que tunggu waterbus juga rasanya.
Kami tinggalkan Venezia untuk ke Florence pula.
Naik train jam 11.15 pagi dan akan sampai Florence jam 1.30 petang. Tidak sampai 2 jam.
Kali ni, kami naik train jenis Frecciargento. Ada canggih sikit dari train Frecciabianca semalam.
Ni roti bakar yang dikomersilkan. Aku bungkus dari hotel tadi.
Train Frecciargento ni ada magazine kunun. Personal lamp pun ada.
Ada tv tunjuk iklan.
Power socket.
Bersih dan tenang fikiran.
Sebaik sampai di Firenze Santa Maria Novella train station, kami pun menapak ke hotel seterusnya.
Aku book Hotel Lombardi via booking.com.
Aku pilih triple room, dan aku email yang aku tambah seorang budak.
Kena extra charge €10 untuk bed dan breakfast.
Total untuk satu malam, €150 sahaja.
Tidak termasuk city tax, €2 untuk seorang dewasa per nite.
Dekat ja berjalan, lebih kurang 5 ke 10 minit ja macam tu.
Mula-mula tu macam bingung sikit. Lepas tau jalan tu, dekat ja pun.
Addin dan Zara melompat dan berlari riang.
Dorang ni memang suka menguji tahap keanjalan katil.
Dilarang-larang pun masih juga melompat berlari atas tilam.
Aku book triple room kan, dapat katil 4 biji.
Dalam booking.com, tiada pula kena tunjuk quadruple room.
Tapi dalam website hotel ni sendiri, ada.
Almari kosong, tv dan desk.
Tingkap dulu-dulu.
Locking mechanism pun unik.
Toilet yang simple tapi tidak sempit dan bersih.
Sepanjang percutian kami ni, aku rasa Hotel Lombardi ni la yang paling basic sekali.
Skema warna pun tidak menggiurkan.
Harga boleh tahan untuk 4 orang. Kira orait la tu.
Yang penting, memang bersih.
Wifi pun percuma tapi hanya terhad untuk 2 device sahaja.
Dan wifinya memang lembab. Penat tunggu.
Tanpa melengahkan masa lagi, kami menapak semula ke Firenze Santa Maria Novella (FSMN) untuk ambil train ke Pisa.
Tiket kami jam 3 petang. Selama ni tiket train kami semua yang main cetak sendiri atas kertas A4 ja kan.
Tapi Addin request supaya dapat tiket betul. Konon mau letak dalam scrapbook.
Harga tiket kami tu €23.80 untuk 2 adult dan 2 children.
Train yang pukul 3 ni pula direct ja dari Florence ke Pisa. Tiada henti-henti. 45 minit ja.
Tu la aku berusaha beli di Venice tadi. Ingatkan cepat habis.
Rupanya banyak train dari Florence ke Pisa.
So, di tiket kami tu, masa bertolak tiada, nombor seat pun tiada.
Suka hati la mau ambil train bila-bila masa.
Cumanya, bila ada tiket ni, kena validate di mesin validate tiket.
Oleh kerana kami tidak tau mau buat macamana, ada orang tolong buatkan.
Mamat ni siap hantar kami masuk train lagi. Lepas tu minta duit.
Kureng asam. Aku bagi la €2. Takut diapa-apakan.
Pisa Centrale punya train station.
Abang Edi beli 3 tiket bus untuk €1.20 setiap satu.
Tiket ni valid untuk 70 minit katanya.
Tunggu bas LAM Rossa dekat Hotel NH Cavalieri.
Hotel tu letak depan Pisa Centrale ja.
Bus ride about 10 minit.
Kalau mau jalan kaki pun bole juga, 1.5 km.
Kalau blur juga, ikut ja tourist ramai-ramai.
Dorang pun pegi Pisa Tower juga.
Sampai suda.
Pisa ni si Addin la beria request.
Aku pun layankan ja la.
Kalau pi Italy tapi tidak pegi Pisa Tower ni, macam tidak lengkap pula rasanya.
Lapar kan. Kita makan gelato dulu.
Tak sedap.
€2.50 setiap satu.
Piknik sekejap.
Fries ni ja pilihan makanan yang paling selamat.
€2.50 untuk satu portion kecil.
Menyesal aku tidak bawa jajan sendiri.
Seberang tu ada muzium.
Watak gergasi menyengetkan menara Pisa.
Ketara kesengetannya.
Pintu masuk menara senget.
Kitaorg tengok dari luar ja.
Baca sejarah.
Lepas lebih kurang sejam 30 minit di Pisa, kami naik bas semula ke Pisa Centrale guna tiket bas tadi :)
Tiada siapa pun mau cek tiket bas kan. Guna saja la.
Dalam bas ni aku ada nampak beberapa budak gipsi yang mungkin sedia ja tunggu mangsa untuk dicopet.
Tapi aku tengok macam tiada mangsa terkena. Syukur.
Pastu patah balik ke Florence. Kali ni terkena train yang banyak henti-henti.
Beli tiket pun guna mesin. Senang ja faham. Pilih ja option guna bahasa inggeris :)
Harga tiket pun sama ja dengan train datang kami tadi, €23.80.
Sejam setengah dalam train.
Sampai Florence ja, kami sudah lapar kembali.
Comelnya la lori kecik ni.
Aku berpendapat mungkin di Florence di tiada metro.
Ada tram ja.
Lapar punya pasal, kami masuk ja restoran yang dekat dengan FSMN station.
Nampak macam exclusive. Tapi harga lebih kurang ja macam menu di Venice.
Kami order Grilled Salmon, Roast Fish dan air kosong ja.
Orang yang layan kami tu tanya "Are you muslim?"
Kami pun jawab ya dan tanya samada chicken dan beef sana halal atau tidak.
Dia jawab tidak halal tapi pilihan kami tu ok. Seafood kan.
Complimentary basket of breads dan bruschetta.
Aku tegezut bila dorang bagi bruschetta tu.
"On the house", katanya.
Wah... ini sudah bagus. Sudah la sedap.
Bread tu boleh dimakan dengan olive oil atau vinegar.
Abang Edi try, terbeliak mata kemasaman.
Tegezut sekali lagi bila dituangkan air ni.
"This is aqua", katanya.
Fuh semangat. Lega aku.
Ingatkan air hape.. Huhu..
Server kami sedang membuka tulang Roast Fish.
Baca doa dulu sebelum makan.
Addin yang gembira. Setelah 2 hari hanya makan roti dan tidak makan berat, at last.
Roast fish and vegetables ni memang sedap yang amat.
€38.50. Ok la aku rasa.
Ni pun belum tolak 20% sebab aku dapat kad time dorang bagi kami seat tadi.
Dengan servis yang tip top, makanan yang sedap, berbaloi.
Orang pun ramai datang restoran ni. Terbaek.
The food was so nice, sampai si Addin cakap besok pun dia mau makan sini.
Sepanjang kami di Italy, inilah restoran yang kami paling puas hati.
Best Tuscany food experience.
Kaki sudah penat, hati sudah senang, perut sudah kenyang, kami sempat singgah kedai runcit dekat hotel untuk beli chips yang sudah janji bagi Zara.
Orang di supermarket tu pun bagus ja melayan Addin dan Zara.
Baik-baik orang Florence ni :)
Sampai hotel, aku minta Abang Edi tanya dekat receptionist macam mana mau switch on wall heater.
Rupanya, heater dorang tu centralized.
Jadi, tidak boleh buka, sebab sudah summer kan, riot nanti katanya.
Cumanya, malam-malam memang sejuk.
Jadi, receptionist tu bagi extra selimut dan bantal.
Baik betul.
Tengok tv kejap, dan tidur.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment