google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah (London - Paris 28 Mei 2014)

Awal pagi bangun, aku sempat rebus nasi impit untuk bekalan kami di keretapi.
Kami bergerak dari QGT ke King Cross St. Pancrass International menggunakan teksi.
Tambang teksi aku tidak ingat, tapi lebih daripada £20.

Tidak larat rasanya untuk guna tube sebab luggage kami ada 3 biji. Berat pula tu.
Terpaksa la berat sebab aku bawa bekal makanan.
Cumanya, ada sedikit overpacking di situ sebab aku bawa pakaian yang banyak.
Sepatutnya boleh bajet bawa pakaian untuk 3 hari sebab kami akan menginap di homestay untuk malam di Milan dan Rome.

Beg yang besar sengaja kami tinggalkan sebab beg itu hanya untuk mengangkut barangan shopping.
Untuk ke Paris dan beberapa city di Italy ni, memang kami plan untuk tidak shopping sangat.
Satu, supaya kami senang bergerak naik train, turun train.
Dua, supaya berat bagasi masuk kargo kami untuk penerbangan guna Ryanair tidak lebih daripada 15kg.
Berat bagasi masuk cabin pula tidak boleh lebih 10kg.

Dari London ke Paris, kami akan naik train Eurostar.
Start dari King Cross St. Pancrass International station terus ke station Gare Du Nord.
Masa perjalanan adalah selama lebih kurang 2 jam setengah.

Tunggu platform buka di King Cross St Pancrass Internation station. 

Tiket aku sudah beli sejak April lagi.
Tapi itu pun aku rasa sudah agak mahal. Kalau aku beli lebih awal, tiket adalah lebih murah dan aku boleh pilih timing yang lebih sesuai untuk sampai ke hotel di Paris dalam jam 2 petang untuk check in.
Harga tiket kami ialah £252 untuk 4 orang termasuk caj kad kredit £4.
Tiket kanak-kanak ialah 70% daripada tiket dewasa.

Tips:
Kebanyakan urusan beli-belah tiket secara online di website UK, France dan Italy mempunyai opsyen untuk pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit. Kalau guna kad kredit, selalunya akan dikenakan credit card fee. So, kalau mau jimat sikit, boleh guna kad debit. Tapi pastikan kad debit sudah ditetapkan had transaksi yang bersesuaian dengan kos yang ingin dibelanjakan. Kalau tidak, transaksi tidak akan berjaya.   
Tiket keretapi pun aku sudah print sedia dari KL.
Jadi, tidak perlu issue ticket lagi.
Ada pemeriksaan keselamatan dan passport sebelum masuk ke departure hall.

Kami rasa excited naik train ni.
Feeling ala Mr. Bean dalam cerita Mr. Bean's Holiday. Hoho.  

Memang selesa. Walaupun economy class.
Tapi seat kami tu kebetulan tiada tingkap pula. Boring.
So, kalau kamu mau beli tiket Eurostar ni, jangan pilih seat 73, 74, 75 dan 76 :)

Piknik dengan air kosong, nasi impit yang sudah siap dibelah empat dan serunding ayam. 
Wet tissue, sudu dan garfu dilupa jangan. 
Aku bawa 4 biji nasi impit ja. Abang Edi cakap tidak cukup.

Kalau mau main ipad, tidak perlu risau habis bateri. Sebab ada power socket.

Sesampai di Gare Du Nord, punya la sesak dengan manusia. 
Kami terus ke stesyen metro di tingkat bawah untuk naik train ke Gare De Lyon. 
Manusia berbaris mau beli tiket di kaunter pun ramai juga.
Banyak ja pun mesin untuk beli tiket, tapi sama juga keramaian manusianya.
Lagipun, for a first timer, aku rasa aku prefer untuk berinteraksi dengan manusia. 

Aku beli carnette untuk dewasa, carnette untuk kanak-kanak dan tiket one way ke Disneyland Paris. 
Carnette ticket tu ada 10 t+ ticket (single trip) yang boleh digunakan untuk naik public transport di Paris. 
Harga satu t- ticket ialah €1.70. Tapi satu carnette ialah €13.70. Penjimatan lebih kurang 20% di situ.
Carnette untuk kanak-kanak pula ialah separuh harga daripada carnette dewasa. 

Dari tempat beli tiket tu, kami pun berjalan la ke RER D untuk ke Gare De Lyon.
Sepanjang berjalan tu, rupanya banyak lagi mesin jual tiket. Duh. 
Di sini la, aku dan Abang Edi meningkatkan tahap alert kami, pasal takut dicopet oleh tangan-tangan pencopet yang professional di kota Paris.

Dalam train dari Gare Du Nord ke Gare De Lyon pun punya ramai orang. Bersesak-sesak kami dengan beg. 
Nasib baik ada petugas dengan train tu tolong kami memimpinkan tangan Zara dan Addin dan masuk train. 

Sesampai di Gare De Lyon, kami sempat tanya staff di sana untuk cara exit ke hotel kami, Novotel Gare De Lyon.
Kalau tengok dari Google Maps, nampak macam kena banyak menapak.
Rupanya, dekat ja. 5 minit pun tidak sampai. Tapi kena ada turun tangga sikit la.
Kami sampai hotel pun sudah lebih kurang jam 4 petang.
Untuk mengejar masa, kami letak ja beg dan terus jalan ke La Fayette.
Review tentang hotel Novotel Gare De Lyon dalam post seterusnya.

Galeries Lafayette.
Motif ke sini adalah untuk membeli sebiji handbag Longchamp untuk diri sendiri.
Aku mau merasa macamana feeling beli beg di butik bukan di outlet. Hehe.
Oleh kerana Longchamp ni aku mampu dan aku suka, kira ngam la kan.
Abang Edi bgtau dulu kunun mau masuk butik ni kena berbaris, mau membayar pun kena berbaris.
Bila sampai sendiri, memang betul la juga.
Tapi tidak la panjang sangat barisannya.

 Aku dalam que mau masuk butik Longchamp. Sementara tu, Abang Edi bawa Addin dan Zara melepak. 

Semua beg tu display ja. Kalau sudah confirm mau beg yang mana, kena cakap sama orang di kaunter tu. 
Nanti dorang akan tulis order, dan kita akan pegang order slip.
Beg yang kita mau tu, dorang akan bawa terus ke cashier. Kita tinggal bayar ja. 

Oleh kerana beg aku tu takat €135 ja, maka aku tidak layak untuk claim VAT refund. 
Kena berbelanja €175 baru ble buat VAT refund. 
The beauty of berbelanja di Lafayette, bole gabung resit dengan mana-mana pembelian pada hari yang sama, so baru ble minta borang VAT refund.
Nasib baik Abang Edi beli sunglass, so saya jadi suka hati :)

Addin bagitau aku "Mummy, tengok atas. Cantik!"

Pemerhatian:
- Kalau mau shopping dan berniat untuk buat tuntutan VAT refund, nampaknya berbelanja di Europe ni kurang untung daripada berbelanja di UK. Khusus untuk orang yang kurang berbelanja besar macam aku.    
- Di Lafayette, ada kaunter yang berasingan untuk warganegara China dan warganegara lain. Pasal aku perasan kaunter VAT refund untuk orang yang mata sepet ada di bahagian lain. Bila kami mencari tu, kami kena tanya dari mana. Bila bagitau dari Malaysia, dorang suruh pi kaunter lain. 

Eiffel Tower
Dari Lafayette, kami bergegas pula mau ke Musee de Louvre kunun.
Sekalinya, metro stop Palais Royal Musee de Louvre untuk line 7 dari stop Lafayette kena tutup la pula untuk renovation.
Kurang asam.

So, kami berhenti la di stop Chatelet. Kunun mau ke Champ de Mars Eiffel.
Satu hal pula, rupanya metro tu berhenti di satu station ni yang aku kurang pasti mana letaknya.
Nasib baik pula ada sorang French black tolong kami.
Berlari-lari kami kejar metro lain.
Excited orang tu bila tau nama si Addin tu ada Zidane.
Jadi, sakan la dia borak sama Abang Edi pasal bola.
Kebetulan pula mau dekat World Cup ni.
Walaupun englishnya terhad, tapi hatinya sungguh baik.
Aku mula-mula tu ada keraguan juga.
Pasal hasil pembacaan dari pengalaman orang dalam blog, konon baik orang di Paris ni ada udang di sebalik batu.
Tapi mamat ni memang baik.
Siap minta add dia lagi di Facebook. So sweet :)

Sesampai ja di area Eiffel Tower, hujan la pula lagi.
Sempat juga la kami berselfie dan ambil gambar semua.
Dekat area tu pun ada merry go round.
Tapi kami cakap sama Addin dan Zara tunggu besok di Disneyland Paris. 






 Ini la tujuannya datang dekat senja ni. Saja mau tengok Eiffel Tower dilimpahi lampu.



Lensa kamera pun sudah kena hujan. 

Oleh kerana hujan sudah mulai lebat, maka kami pun naik teksi ja ke hotel. 
Kena la €13++ sekali jalan.

Balik bilik. Addin sudah bising kelaparan. Abang Edi suruh masak.
Hasilnya, makan nasi putih dan kari tuna ja la kita.


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...