google analytic

Nuffnang

Thursday, June 26, 2014

Kembara Eropah (Swindon - Bicester Village - London 6 Jun 2014)

Pagi ni agak bermalas-malasan sikit.
Tapi kena siap awal juga.
Sebab plannya mau singgah ke Oxford, mau tengok Oxford tu macamana.
Kalau dapat round University of Oxford pun bagus juga.
Bole bagi motivasi sama si Addin and Zara.

Cumanya, sejak semalam, aku asyik teringat-ingat dengan backpack Samsonite warna kuning bumblebee yang aku nampak di BV sebelum ni.
Beg tu cantik, warna kuning favorite, kalis air pula tu. Sesuai di bawa ke mana sahaja terutama sekali kalau masuk hutan ka, hiking ka.
Eiseh.. macam ja aku ni kaki hiking.
Tapi kalau sudah teringat-ingat ni, bagus beli ja la. Kalau tidak, menyesal nanti.
Semalam cari di Swindon outlet, tiada kena jual la pula.
Seb baik Abang Edi setuju mau ke BV.
Addin dan Zara pula, kami rasuah dengan playground BV tu.
Hari tu datang hujan tidak dapat main kan.
Dorang ni memang tidak suka kalau kami shopping-shopping ni. Huhu..


Dari Swindon ke Oxford, macam lebih kurang 50 minit gitu.
Jalan melalui country side sungguh menenangkan jiwa. 



Tapinya, bila sudah sampai ke Oxford, jem pula.
Malas la pula menunggu jem ni. Kami terus keluar, menghala ke BV. Lebih kurang 30 minit ja. Hehe..

Sampai ja ke BV, aku terus masuk kedai Samsonite.
Hari ni orang luar biasa banyak. Orang Malaysia yang shopping di sini pun bersepah.
Mungkin sebab hari ni hari Jumaat. Atau mungkin kerana cuaca yang baik dan cerah.
Tapi, beg warna kuning yang aku idamkan tu tinggal satu tu ja la bergantung.
Tiada yang dalam plastik. Jadi, aku ambil yang warna biru pula.


Sementara itu, kami sogokkan budak berdua ni dengan bermain di taman di BV ni. 

Oleh kerana dorang ni kelaparan, maka sempat la aku beli pastri di gerai si Jamie Oliver ni.
4 biji pastri dan 1 botol air mineral harganya £10. Hebak,

Kita ambil kesempatan bergambar di taman beruang BV. 
Beruang tidak masuk dalam gambar pula.

Cerah dan silau. 

Pegi BV ni tidak sampai sejam pun.
Lepas tu kembali ke London semula. 
Mau pastikan sampai sebelum jam 3.
Sebab mau pulangkan kereta ke Europcar.
Dan si Ipah pun mau keluar ambil Syuhadah dari sekolah.

Mula-mula, pegi Queensgate Terrace dulu.
Hantar barang-barang kami. 
Pengsan aku ulang-alik hantar barang pasal lif rosak kan. Gagah betul. 
Pastu pi isi minyak bagi full tank. 

Then kami patah balik ke QGT sebab mau ambil si Ipah and Adeeb.
Memang bersempit juga la duduk dalam kereta comel Fiat 500 tu.
Tapi si Addin dan Zara suka la sebab dapat bermain dengan si Adeeb. 
Kami mau drop dorang ke Bayswater.
Rupanya dekat ja sekolah si Syuhadah ni.
Kami mau tengok juga macamana rupa sekolah dorang di London ni kan. 
Cool juga la. Satu building ja. Tidak la pula banyak-banyak building macam kita di Malaysia ni kan. 
Ka aku yang salah tengok ni aku pun tidak sure.

Lepas tu, anak-anak sekolah tu mesti dijemput. Bukan balik sendiri.
At least, untuk budak kecik umur 7 tahun macam Syuhadah la. 
Si Ipah bagitau aku memang style dorang di situ macam tu la.
Parents atau sesiapa yang sudah dinominate saja yang boleh jemput budak sekolah.
Orang asing definitely tak ble di atas faktor keselamatan, kecuali kalau guru-guru tu dimaklumkan dahulu.
Dan time parents jemput anak mereka ni la guru-guru akan share informasi tentang prestasi anak di sekolah. Kalau dorang mau tegur pun, tegur direct di situ juga.
Bagus la kalau macam tu. Baru la sistem sarana ibu bapa boleh jadi berkesan.

Lepas pulangkan kereta, kami pun patah balik berjalan kaki ke Bayswater.
Kunun mau makan di restoran yang kami nampak time hantar si Ipah tadi.
Dan mau cari souvenir juga. Sebab kununnya, souvenir di Bayswater murah. 
Memang murah la dibandingkan dengan tempat lain. Banyak lagi tu. 

Kami makan di Restoran Tuktuk. Sebuah restoran Malaysia halal. 
Bil kami kena £21.30 untuk 2 pinggan nasi goreng, 1 nasi putih dan fried chicken wing dan air soya. 
Walaupun nasi gorengnya macam asal ada saja, tapi fried chicken wing tu memang sedap. 

Pastu aku sempat beli groceries sikit-sikit untuk tambah bahan dapur si Ipah di kedai groceries oriental Asian.
Dapat la membeli chicken wing halal. 
Then, kami ke sebuah kedai jual souvenir, orang Arab punya. 
Beli t-shirt dan fridge magnet saja sudah £70. Gilaks. 
Tapi kualiti semua ok. Rasa macam berbaloi pula.

Dah. Itu ja aktiviti untuk hari ini. 

Sudah kembali ke London baru aku berani pakai beg Longchamp baru kunun.
Hoho. Selamat ja rasa hidup di sini :)


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...