google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah (London - 26 Mei 2014)

Aku rasa, kami semalam tidur jam 9 atau 10 malam time London.

Malam pertama di London, aku tidak dapat tidur lena.
Jam 1 pagi aku terbangun. Tidur balik.
Jam 2 pagi bangun lagi. Tidur balik.
Jam 3 pagi mata aku sudah terkebil-kebil terbuka terang tidak dapat tidur.
Sama dengan jam 10 pagi di Malaysia.

Baru la aku tersedar yang aku ni terlupa, belum solat lagi.
Ngam-ngam pula time subuh. So, solat la. Dan qada' mana yang patut.

Abang Edi, Addin dan Zara pun sorang-sorang terjaga.
Addin dan Zara siap bermain lagi.
Apa la pelik aku rasa. Pagi buta boleh main toys dan ipad segala.

Lepas solat segala, aku sambung tidur lagi. Simpan tenaga lah katakan.
Plannya mau pegi Bicester Village.

Bila bersarapan dengan tuan rumah, baru la kami tau.
Isnin tu adalah hari cuti di London. Cuti Spring Bank.
Sekolah pun cuti seminggu sempena menyambut kedatangan Summer.
Patutlah husband dan anak kawan aku rileks ja.

So, kalau mau keluar town termasuklah Bicester Village, ada kemungkinan sesak.
Pi mana-mana pun sesak.
Sabar ja la.
So, kami tukar plan, jalan area London saja.
Plan ke BV ditangguhkan ke besok.

Science Museum

Attraction pertama yang kami pergi semasa di London.
Permintaan si Addin sejak dari Malaysia lagi.
Dari rumah kawan aku ke Science Museum ni sepatutnya jalan kaki 10 minit ja.
Penat punya pasal, ditambah dengan hujan renyai-renyai, kami naik cab ja la.
Kena £4 sekali jalan.

Ramai juga la orang.
Yang penting, masuk free.
Penat kaki. Besar kawasan ni.

Aviation


Interactive science.
Semua pun si Addin mau try.

Big Ben dan London Eye

Dari Science Museum, konon mau menyinggah ke National History Museum yang terletak bersebelahan.
Sekalinya, ya ampun, ramainya manusia berbaris mau masuk. Kensel plan ja la.
Kami terus naik tube untuk ke Westminster.
Semata-mata mau menunaikan hajat si Zara yang tidak habis-habis mau naik London Eye.

Dekat dengan Westminster underground tu, ada Big Ben.
Apa lagi. Aku kasi keluar monopod, ambil gambar selfie kami 4 orang. Nice.
Monopod tu aku beli melalui si Nurul daripada kawannya. RM80 kunun satu set.
Ada monopod, shutter dan lenses (fish eye etc). Hantam saja la.
Rata-rata orang yang tengok kami bermonopod tu semua pun macam jakun ja.
Atau kami kah yang terlalu weird kerana bermonopod?
Or maybe orang rasa privacy mereka terjejas sebab expand monopod aku panjang sangat?
Whatever.

Berlatar belakangkan Big Ben.
Si Zara sudah pancit, minta dukung daddynya.

Maka menyeberanglah kami di Westminster bridge tu untuk ke London Eye.

House of Parliament. 

Haruslah buat sumbangan sepound dua.
Kalau tiada sumbangan, segan la aku mau bergambar dengan orang main bagpipe ni.

London Eye dari kejauhan.

Di tengah hujan renyai tu, bole pula kelaparan.
Bekalan biskut sudah habis dimakan di Science Museum.
Terpaksa la kami makan McDonald Fillet o Fish ja.
£14 untuk 2 set. Hebak.
*menangis membayar 

Beli tiket untuk naik London Eye dulu.
Aku beli sekali tiket ke Madame Tussaud. Ada 20% off.
Dan dapat priority entrance kunun.
*kenapa kunun? baca pengalaman kami masuk ke Madame Tussaud London di sini dan di sini. Priority lane tu tiada guna time ramai orang pun. 
Harga keseluruhan, £162. 



Lepas lebih kurang 20 minit berpusing di situ, Addin dan Zara request ke playground berhampiran.






Hujan punya pasal, sesi playground terpaksa disingkatkan.
Nasib baik ada bawa rain coat dan payung. 

Sempat lagi selfie berjemaah.


Disney Store dan Primark Store, Oxford Street

Oleh kerana dari semalam si Zara ni bising ja mau naik bas double decker, maka kami layankan la ke Oxford Street.

Zara dan Addin request mau duduk di deck atas.

 Sempat pindah ke seat paling depan :)


Patung si Anna ja ada.

Kunun mau cari patung Elsa. Pusing punya pusing, macam tiada la pula.
Aku bertanya sama staff dorang, semuanya yang berkaitan si Elsa sudah sold out. Gilaks.
Punya la laku merchandise si Elsa, patung dia pun tiada. 
Kalau mau jua berebut, dorang advise suruh datang pagi rabu kunun.
Tapi tidak dijamin sempat panas di rak. 
Tangguhkan ja la hasrat kami tu. Cari ja di Disneyland Paris nanti.
*lebih murah beli di Disney Store daripada di Disneyland. Kawan aku Zila bagitau.

Tiada sesi bergambar di Primark.
Ramai betul orang. Sesak.
Tapi barangannya memang murah.

Plan asal mau mencari stokin tambahan untuk si Zara.
Kesian sama si Zara, pakai sandal ja ia.
Oleh kerana cuaca yang kerap hujan, maka stokin pun jadi lembab.
Ni semua gara-gara kakinya sudah semakin membesar, so kasut sedia ada sudah tidak muat.
Kami pun plan mau ke BV hari ni untuk beli kasutnya. Sekalinya, plan tidak jadi la.

Sempat juga aku menyambar baju tidur untuk Zara, boxer Phineas and Ferb untuk Addin, dan stokin untuk dorang. Semua sekali, £14 ja. Huhu. Syok betul kalau bergajikan pound sterling. 

Masa untuk balik ke QGT.
Mau naik tube, penat la pula.
Mau naik bas, tidak pandai. 
Maka, naik cab saja la. 
Lalu Hyde Park. Tambang £11.

Hemat diri dan terus pengsan. Hoho. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...