Mau naik HOHO seawal 9.30 pagi. Pegi colosseum kunun.
Breakfast dengan ini, tuna dan cracker Ayam Brand. Boleh tahan.
Tengok pemandangan roof orang.
Naik HOHO dan terus ke colosseum.
Naik HOHO dan terus ke colosseum.
Sebelum beli tiket, kami lepak breakfast dulu dengan croissant.
Aku rasa sebelah sana tu Palatine Hill.
Aku sengaja beli tiket colosseum ni on the spot.
Saja tidak beli tiket secara online sebab setiap orang akan kena caj tambahan €2 seorang melalui website http://www.tickitaly.com. (Website yang ni ja yang aku tau pun).
Tiket seorang adult ja sudah €12. Kanak-kanak bawah 18 tahun adalah percuma.
Tiket ni boleh digunakan untuk masuk ke Colosseum dan Palatine Hill dan Roman Forum area.
Tiket valid untuk 2 hari selepas hari pertama tiket digunakan.
Kalau beli online, tidak pasal-pasal kena extra charge €8 pasal kami 4 orang.
So, mau jimat punya pasal, baris ja la.
Tapinya, orang yang datang colosseum ni memang ramai, line pun ada 2 ja.
Dari 2 line tu, boleh pula berpecah jadi 10 line.
Kaunter tiket pula bukannya banyak sangat.
Jadi haru biru kami beratur beli tiket tu.
Dalam keadaan yang macam tu, terus semua pun macam hilang sense of civilization dorang ni.
Masing-masing pandai berebut dan potong-memotong.
Sabar saja la.
Ada la lebih kurang setengah jam juga berbaris untuk beli tiket.
Walaupun tiket kanak-kanak free, pastikan ada tiket untuk anak-anak sebab setiap manusia yang masuk kena scan tiket masing-masing.
Dan juga, ada tips yang mengatakan, que untuk beli tiket yang sama di Palatine Hill adalah kurang sesak seperti di Colosseum.
Oleh kerana plan kami tidak melibatkan Palatine Hill, so tips tu tidak apply to us.
Lega betul lepas dapat tiket.
Tingkat 2 colosseum.
Berteduh jap.
Colosseum dungeons.
Colosseum sebagai tempat beribadat dorang ni.
Kucing comel penunggu colosseum.
Gelato tu mahai, €3 untuk satu kon. Dah le tak sedap.
Ini adalah sesi ramah mesra dengan bangla penjual souvenir.
Sebelum tu ada sesi local vendor mengejar, marah dan merampas air mineral yang dijual oleh bangla yang lain.
Kesian punya pasal, Abang Edi pun beli la 2 biji souvenir orang ni.
Di Malaysia pun belum tentu mau beborak dengan bangla sikit punya main baik kan.
Tapi aku rasa, bangla di area colosseum ni memang jual barang dengan harga yang lebih murah daripada local vendor.
Tu la pasal local vendors marah sebab sudah kacau market dorang. Sudah la illegal.
Apa punya nasib daa..
Sementara menunggu HOHO di colosseum stop untuk ke destinasi seterusnya, kami terjumpa pula dengan satu couple Melayu dari Malaysia.
Dorang honeymoon untuk anniversary yang ke-21.
Memang sakan bercuti berdua. Seronot sungguh.
Dorang kata untuk percutian dorang kali ni, Turkey yang paling top in the list.
Wahh... aku pun mau pigi sana la nanti.
Dari HOHO stop di Vatican City ke Vatican City punya area tu betul-betul adalah 15 minit berjalan untuk kami yang handicapped ni.
Sudah la panas gila, Addin dan Zara meragam pula tu.
Sepanjang bejalan kaki tu, ada ja kereta comel yang parking.
Kalau ada macam ni di KL, aku beli satu bawa pigi opis.
Cumilnya la.
Sampai suda di Vatican City.
Negara kecil dalam kota Rome.
Tapi Abang Edi, Addin dan Zara sudah give up.
Aku ja la bejalan kejap sorang-sorang.
Ada pagar segala tu, aku rasa malam tu dorang ada event maybe.
Kalau datang malam tu, mungkin devotees yang hadir ble dengar khutbah.
Sempat masuk muzium dorang ni.
Time masuk tu, ada lagu choir church ala-ala macam lagu soundtrack dalam episod Mr. Bean.
Aku rasa macam seram sejuk. Takut keimanan tergugat.
Di muzium tu ada cerita pasal agama-agama di seluruh dunia.
Dari zaman pagan hinggalah sekarang.
Bukan ada apa pun, aku ja saiko lebih.
Ambil gambar St. Peter Basilica ni ja la.
Mau masuk tu jauh sekali. Tidak larat aku mau berbaris segala.
Apatah lagi mau bawa Addin dan Zara.
Kacau orang sembahyang ja nanti, tidak khusyuk pula dorang.
Ni yang aku excited mau tengok.
Swiss guard.
Macam hensem ja dorang ni.
Lepas Vatican City ni, kami kembali ke Termini. Mau cari lunch.
Pegi juga ke restoran semalam.
Pasal restoran tu aku rasa luas la kira ok, meja pun ada yang kosong, selesa juga la untuk menjamu selera.
Kebabsyen. Aku suka pasal ada salad. Lama sudah tidak makan sayur.
Lamb briyani kering.
Kari ayam dan nasi putih senget.
Sikit punya besar portion.
Teh susu cair. Abang Edi feeling minum teh tarik kunun.
Semua sekali €22 sahaja.
Lengkap la 24 jam kami dengan HOHO tu. Lepas ni tidak boleh naik lagi.
Kaki ada penat, maka balik bilik dulu untuk afternoon nap.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment